Pesona 25 Jan, 2020

TERIMA KASIH LUCIA PIER!! ANDA SEORANG HERO...

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
MENJAGA warga emas yang lanjut usia memerlukan seseorang yang banyak bersabar kerana golongan itu terlalu sensitif. Berdepan dengan warga emas memerlukan kita menjadi kental, malahan sikap sensitif mereka memerlukan individu yang menjaga juga perlu banyak bersabar. : KitaReporters.com

WARGA emas ini terpaksa turun semula daripada bas selepas pemandu bas mengetahui dia terkencing. Facebook Lucia Pier


Di samping tahap kesihatan yang kian menurun, kita diharapkan agar sentiasa memahami dan bersedia untuk memberi sebarang bantuan kepada mereka ketika mereka berhadapan dengan situasi yang sukar.

Baru-baru tular kisah seorang pelajar jururawat, dikenali sebagai Lucia Pier yang membantu seorang wanita tua yang bersendirian dan tidak dibenarkan menaiki bas selepas terkencing di dalam seluar.

Kisah berkenaan dimuat naik di laman Facebook miliknya (https://www.facebook.com/lucia.pier.1) dan dikongsikan lebih 17,000 netizen.

Lucia yang turut berada di dalam bas berkenaan turut menyedari bau yang kurang menyenangkan ketika sama-sama menunggu bas berkenaan.

Namun sejurus bas tiba, pemandu bas tidak membenarkan wanita berusia itu untuk menaiki bas memandangkan seluarnya basah dengan kencing serta berbau.

Tergamaknynya pemandu bas berkenaan !

Namun pemandu tersebut difahamkan tidak mahu bau berkenaan mengganggu ketenteraman penumpang yang lain.

Melihat kesukaran yang terpaksa dialami wanita separuh abad itu, Lucia kemudian memutuskan untuk turut keluar daripada bas berkenaan dan membantu wanita tersebut.

Lucia kemudian membawa wanita berkenaan ke tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) di stesen MRT berhampiran, dan menunggu wanita tersebut mencuci semula seluar dan memakainya.

Malah sekali lagi, wanita warga emas dimarahi pekerja di tandas OKU itu kerana tandas itu berbau selepas digunakan wanita tersebut untuk membasuh seluarnya.

Tidak tahan melihat wanita itu dimarahi, Lucia kemudian berlari ke kompleks membeli belah di kawasan berkenaan untuk membeli sehelai seluar baru dan penutup muka ketika wanita berkenaan sedang mencuci seluar di tandas berkenaan.

Lucia kemudian meminta wanita itu untuk menunggunya di luar tandas sementara dia membersihkan lantai dengan pekerja pembersihan tadi.

Ketika dalam perjalan pulang, Lucia diberitahu wanita berkenaan sebenarnya baru sahaja pulang daripada pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut warga emas itu, dia hidup sebatang kara.

Lebih menyedihkan apabila kaki kirinya merupakan kaki palsu, rabun dan mengalami masalah kegagalan buah pinggang .

LUCIER PIER sanggup turun daripada bas selepas melihat warga emas dihalau daripada bas selepas terkencing. 


Sedihnya… kehidupan wanita itu patutlah dia menggunakan pengangkutan awam sendirian tanpa ditemani sesiapa.

Jika dia memiliki ahli keluarga pasti kejadian tersebut tidak berlaku…

Bayang jika yang terjadi itu ibu kita sendiri tergamakkah kita membiarkan ia berlaku! Semestinya tidak kan?

Seharusnya kerajaan perlu melakukan persediaan memandangkan Malaysia bakal menjadi ‘negara tua’ menjelang tahun 2030 berikutan peningkatan jumlah warga emas antara 10 hingga 15 peratus sepanjang tempoh berkenaan.

Malah pihak berkuasa juga seharusnya menyediakan pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan khasnya buat golongan warga emas agar mereka dapat menggunakannya dengan selesa. - KitaReporter.com

4
0
17
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago