Pesona 03 Dec, 2019

HATI-HATI!! BEDAK J&J DITARIK DARI PASARAN AS

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

JOHNSON & JOHNSON, satu jenama yang tidak asing lagi serta diminati di seluruh dunia, dan sudah berdekad-dekad mendakwa produknya selamat digunakan. : KitaReporters.com

Johnson & Johnson, satu jenama yang tidak asing lagi dan diminati seluruh dunia.  


Bagaimanapun pada 26 November lalu, Johnson & Johnson telah menarik balik sejumlah 33,000 botol bedaknya di Amerika Syarikat selepas agensi Food and Drug Administration (FDA) negara itu menemukan asbestos di dalam produknya.

Pemangku Pesuruhjaya FDA, Dr Ned Sharpless dalam satu kenyataan memaklumkan ujian yang dijalankan oleh FDA mendapati bahawa tahap asbestos pada konsentrasi produk terbabit adalah tidak melebihi 0.00002% pada botol produk tersebut.

“Saya faham ramai pengguna yang menggunakannya terjejas. Namun saya ingin beri jaminan kepada semua penguna bahawa pihak kami akan mengambil serius perkara ini dan komited terhadap mandat kami untuk melindungi kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan tersebut. 

Ibu pejabat Johnson & Johnson yang terletak di New Brunswick, New Jersey, Amerika Syarikat.


Syarikat yang bertapak di pasaran lebih 40 tahun itu bagaimanapun berkata bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada sampel itu telah tercemar selepas dihasilkan, sama ada penutupnya telah rosak ataupun sama ada sampel itu diambil daripada sebatian bedak Johnson & Johnson yang asli.

Johnson & Johnson juga menegaskan bahawa pihak syarikat telah menjalankan beribu-ribu ujian sejak 40 tahun yang lalu, berulang kali untuk mengesahkan bahawa produk keluaran mereka kepada pelanggan tidak mengandungi bahan bahaya iaitu asbestos.

Penarikan produk tersebut dari rak kedai-kedai merupakan kali pertama yang berlaku melibatkan produk bedak jenama berkenaan setelah beberapa kali produk tersebut didakwa menyebabkan kanser ekoran kandungan berbahaya.

Tahun lalu, Johnson & Johnson berkata, penarikan produk bedak bayi syarikat tersebut hanya melibatkan produk yang dihantar ke Amerika Syarikat, namun hasil ujian yang dijalankan oleh pihak FDA pada bulan September lalu tidak menemui kandungan asbestos pada bedak jenamanya.

FDA telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa sampel terkini diambil semasa ujian kosmetik kandungan asbestos Johnson & Johnson bermula pada tahun ini.

Penarikan produk tersebut daripada rak kedai-kedai merupakan kali pertama yang berlaku melibatkan produk bedak Johnson & Johnson. 


Sementara itu, profesor undang-undang di Universiti Rutgers, David Noll berkata, keputusan untuk menarik semula penjualan bedak jenama itu yang telah pun diedarkan adalah satu simbol ‘kekalahan’ bagi sebuah jenama besar yang sudah dipercayai sejak sekian lama seperti Johnson & Johnson.

 “Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang peguam wakil syarikat tersebut akan berdiri di hadapan juri bagi meyakinkan bahawa produk tersebut adalah selamat. 

"Jika terdapat kaitan bahawa produk terunggul jenama tersebut (bedak bayi) dengan penyakit membawa maut, maka kebolehpasaran produk lain di bawah jenama itu akan terjejas," tambah Noll.

Buat masa ini, jenama itu telah menyelesaikan beberapa tuntutan dan masih lagi berhadapan dengan tuntutan yang lain, di mana ia melibatkan peranannya dalam krisis opioid di seluruh negara.

Sebelum ini, syarikat itu bersetuju untuk membayar $117 juta (RM488 juta) atas kes pemasaran implan jejar pelvis transvaginal tiruan. - KitaReporters.com 

2
10
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago