Pesona 01 Feb, 2020

DIEJEK GEMUK: LAWAK BODOH YANG BAWA MAUT

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

LAIN kali jika anda hendak bergurau dengan teman atau buah hati yang gemuk, berhati-hati dan berpada-pada. Jangan sampai berlebihan gurau, mengejek atau mempersendakan dia gemuk kerana ia boleh membawa padah dahsyat seperti kematian anda. : KitaReporters.com

BANYUWANGI, tempat pembunuhan Rosidah terletak di Jawa Timur, Indonesia.


Inilah yang berlaku kepada seorang gadis berusia 18 tahun, Rosidah, dari Desa Papring, Kacamatan Kalipuro, Kebupaten Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia.

Rosidah mati dibunuh oleh rakan sekerjanya sendiri, Ali Heri Sanjaya, 27, kerana sering mengejek Ali, seorang jejaka gemuk.

Tidak pasti sama ada ejekan Rosidah bermaksud bergurau atau bersungguh-sungguh, ia telah menyebabkan kemarahan Ali yang malu dengan ejekan itu.

Akibat berang, Ali hilang pertimbangan dan nekad membunuh Rosidah dengan mencekiknya dan kemudian membakar mayatnya dalam tumpukan jerami.

ALI HERI SANJAYA (kiri) dan rakan sekerja yang dibunuhnya, Rosidah.


Memetik laporan Kompas.com, kejadian berlaku pada Isnin, 20 Januari 2020, tetapi mayat Rasidah hanya ditemui lima hari kemudian dalam keadaan terbakar di atas tumpukan jerami di Dusun Kedawong, Desa Pondoknongko, Kacamatan Kabat, Banyuwangi.

Selain mayat yang terbakar, polis juga mengesan kesan cekikan pada mayat tersebut. 

Pada awalnya polis gagal mengenali mayat siapa yang ditemui. Ini kerana mayat terbakar teruk.

Ali dan Rosidah bekerja di sebuah kedai makan di Banyuwangi. Namun Rosidah sering mempersendakan Ali menyebabkan dia (Ali) marah dan berdendam kepada Rosidah.

Menurut polis Banyuwangi, Ali bertambah malu dan marah kerana Rosidah sering mengejek dia gemuk di hadapan orang ramai. 

Akibat sakit hati dengan perbuatan Rosidah, Ali nekad membunuhnya.

Kehilangan Rosidah disedari ahli keluarga setelah dia tidak balik kerja pada hari kejadian. Kali terakhir dia dilihat hidup oleh keluarga ialah pada pagi 20 Januari 2020 apabila dia minta izin untuk pergi bekerja.

Ekoran itu, laporan polis dibuat sehinggalah mayatnya ditemui pada 25 Januari 2020. 

Polis berjaya mengesan dan menangkap Ali pada Rabu, 29 Januari 2020 di sebuah hotel.


Lantaran belum pasti mayat siapa, polis menjalankan siasatan rapi berdasarkan laporan orang hilang. 

Mereka kemudian menemui topi keledar berwarna merah jambu dan selipar di tempat kejadian yang dikenali sebagai milik Rosidah.

Selain itu polis juga menjalankan ujian padanan gigi serta beberapa bahagian lain tubuh berdasarkan data yang diberi oleh keluarga Rosidah ketika membuat laporan kehilangan.

Hasil ujian polis mengesahkan mayat yang ditemukan ialah mayat Rosidah. 

Polis menjalankan siasatan rapi untuk mencari pembunuh. Akhirnya ia menjurus kepada rakan sekerjanya, Ali.

Polis berjaya mengesan dan menangkap Ali pada Rabu, 29 Januari 2020 di sebuah hotel di mana dia bersembunyi selepas kejadian.

Menurut polis, tragedi malang yang menimpa Rosidah berlaku apabila Ali meminta dia menghantarkannya pulang daripada kerja dengan menaiki motosikal milik Rosidah.

Di pertengahan jalan, Ali menyuruh Rosidah berhenti dan dia pula memandu sementara Rosidah membonceng.

Apabila bila sampai di Dusun Kedawong, Ali berhenti dan menyuruh Rosidah turun dari motosikal. Sebaik Rosidah turun, Ali terus memukul dan kemudian mencekik mangsa sehingga mati.

Menurut polis, setelah Rosidah mati, Ali membeli petrol dan membakar mayat mangsa. Setelah api marak, dia meninggalkan tempat tersebut menaiki motosikal mangsa serta mengambil telefon bimbit milik mangsa.

Polis juga berjaya menemui beberapa bukti mengaitkan Ali dengan  pembunuhan itu, termasuk motosikal Honda berwarna putih, beg tangan hitam yang mengandungi mancis yang digunakan untuk membakar mangsa serta telefon bimbit.

Ali yang kini dalam tahanan polis belum pasti bila dibicarakan dan apa nasib bakal menimpanya. 

Dia berkemungkinan menghadapi tuduhan membunuh yang membawa hukuman mati di Indonesia. - KitaReporters.com

0
2
1
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago