Pesona 03 Jan, 2020

ISTERI DI ICU, ANAK DITAHAN, USTAZ RAYU BANTU

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
MELAHIRKAN cahaya mata satu anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya. Tujuan melahirkan zuriat untuk menjadi khalifah di muka bumi ini bagi menyebarkan panji-panji agama Islam. Andai kata anugerah itu tidak didatangkan dengan ujian, sudah pasti kita mudah sangat melupakan nikmat sakit bersalin dan membesarkan anak. : KitaReporters.com

Pengerusi PKUF, Murniati Usman memegang anak Ustaz Ibrahim yang selamat dilahirkan. Mereka perlu bayar bil lebih RM10,000 sebelum bayi berkenaan boleh dibawa balik. 


Itulah hakikat yang sedang dilalui oleh Ustaz Ibrahim yang diuji Allah, ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. 

Menurut Ustazah Hafizah Daud, apabila isteri Ustaz Ibrahim bersalin, saat gembira menunggu cahaya matanya diuji dengan dugaan apabila isterinya terpaksa dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU)  kerana mengalami kerumitan ketika proses bersalin. 

"Isteri ustaz, Suraidah Bayan kini ditempatkan di ICU Hospital Sungai Buloh dan keadaan bayinya juga selamat serta sihat," jelas Ustazah Hafizah, yang juga Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) bagi kawasan Hulu Selangor.


Menurutnya, Ustaz Ibrahim, yang berhijrah dari Sabah ke Semenanjung untuk mengajar al-Quran secara sukarela dengan bayaran elaun oleh Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF)  sejak beberapa tahun lalu, kini sangat memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan perubatan termasuk pembedahan dan kos susulan rawatan. 

Kata Ustazah Hafizah lagi, Ustaz Ibrahim sangat komited mengajar anak-anak Tahfiz di PKUF dan ibu serta suri rumah di kawasan Country Homes, Kajang, Selangor.

"Dia mendidik dan membimbing mereka menerusi kelas Fardu Ain dan kelas mengaji al-Quran setiap pagi hingga ke malam. 

"Malah penduduk yang ingin mengadakan majlis tahlil, solat hajat dan majlis kenduri kendara akan mendapatkan khidmat Ustaz Ibrahim," tambahnya, yang juga Penasihat PKUF.

Ustazah Hafizah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) bagi kawasan Hulu Selangor.


 

Sementara itu, Pengerusi PKUF, Murniati Usman berkata pihaknya sudahpun melancarkan tabung sejak beberapa hari lalu bagi mengumpul dana membayar kos bersalin, pembedahan dan kos rawatan bayi kecil itu yang sudah berjumlah RM7,000.  

Sehubungan itu, penderma yang prihatin dirayu untuk membantu mengisi tabung berkenaan seberapa segera memandangkan kos penghospitalan dan rawatan sudah mencecah lebih RM10,700.

Mereka boleh menyumbang menerusi akaun Maybank 162012542919 dan semua resit transaksi boleh di hantar ke nombor telefon 013-3366511. - KitaReporters.com

0
0
5
1
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago