Pesona 21 Dec, 2019

DERITA SEORANG AKTRES, PELAKON JADI PELACUR

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

KEJAYAANNYA menempa nama sebagai bintang pujaan datang secara mendadak. Namun kejatuhannya juga mendadak, umpama langit yang tidak selalu cerah. Kehidupan bahagia bertukar derita. Matinya dalam keadaan melarat dan hina. : KitaReporters.com

 

VIMI


Penampilan dalam filem bagai ‘bulan jatuh ke riba’ bagi Vimi. Tanpa sebarang pengalaman berlakon, pengarah dan produser filem tersohor, B.R. Chopra memberi kepercayaan kepadanya menjadi heroin dalam filem Hamraaz (1967).

Lebih membanggakan dalam filem ini Vimi dibariskan dengan dua pelakon ternama Bollywood, Raaj Kumar dan Sunil Dutt.

Hamraaz muncul sebagai filem blockbuster dan seiring dengan itu, menjulang nama Vimi. Gambarnya terpapar dalam pelbagai majalah utama, termasuk sebagai penghias kulit depan majalah popular Fanfare keluaran Mac 1968.

B.R. Chopra gembira kerana keyakinan yang diberi kepada Vimi tidak sia-sia. Walau pun tanpa pengalaman, Chopra dapat melihat bakat lakonan yang ada pada Vimi, lantas memberikan watak utama kepadanya.

BERGANDINGAN dengan Sunil Dutt (atas kiri) dan Raaj Kumar dalam 'Hamraaz'.


Namun entah di mana silapnya, kejayaan tersebut tidak bertahan dan tidak membantu Vimi untuk terus menjadi bintang ternama. 

Beberapa filem lakonannya selepas itu gagal di pasaran. Malah B.R. Chopra yang membawanya ke dunia filem tidak lagi memberikan tawaran berlakon kepadanya.

VIMI dan Sunil Dutt dalam satu adegan filem 'Hamraaz'.


Vimi, yang dilahirkan di Jalandhar, Punjab pada 1943 sudah berkahwin sebelum berlakon. 

Suaminya ialah Shiv Agarwal, anak seorang usahawan. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Suaminya merestui penglibatannya dalam filem walaupun ibu bapanya (mertua Vimi) menyisihkan mereka kerana tidak bersetuju Vimi menjadi pelakon.

Pada satu majlis di Calcutta, Vimi diperkenalkan kepada Ravi, seorang pengarah muzik filem. Ravi menjemput Vimi dan suami ke Mumbai dan memperkenalkan mereka kepada B.R. Chopra. 

Dari perkenalan itulah membawa Vimi ke dunia filem.

B.R. CHOPRA membawa Vimi ke layar perak.


VIMI bersama Shashi Kapoor dalam 'Patanga'.


Kejayaan Hamraaz membuka ruang berlakon yang luas kepada Vimi. Selepas Hamraaz, lulusan Kolej Sophia, Mumbai itu membintangi Aabroo  pada 1968.

Malangnya filem ini gagal di pasaran dan secara mendadak menenggelamkan nama Vimi dalam industri. Walau tiada tawaran berlakon, gambarnya masih terpapar di majalah.

Pada 1971, Vimi menerima tawaran berlakon dalam Patanga berganding dengan aktor popular Shashi Kapoor. 

Malangnya filem ini juga gagal untuk mengembalikan kegemilangannya. Dia bergandingan sekali lagi dengan Shashi Kapoor dalam Vachan pada 1974. Filem ini juga gagal.

Antara filem lakonan Vimi yang lain ialah Nanak Nam Jahaz Hai (1969), Guddi (1971), dan Kahin Aar Kahin Paar (1971). Filem terakhir ialah Premi Gangaram (1978).

VIMI cantik dan berbakat namun kejayaannya tidak bertahan.


Selepas kegagalan filem demi filem, Vimi mengasingkan diri dari dunia luar dengan membawa bersamanya rasa kecewa yang amat sangat.

Kehidupannya juga sudah tidak menentu ketika itu. Dia dikatakan didera oleh suaminya yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Selepas bercerai, Vimi menjalankan perniagaan tekstil di Calcutta. Namun perniagaan itu juga gagal dan dia mengalamai kerugian yang teruk. 

Bisnesnya terpaksa dijual untuk membayar segala hutang.

Kecewa dengan kegagalan dalam lakonan dan perniagaan serta tekanan keruntuhan keluarga, hidup Vimi tidak tentu arah dan tidak terurus. 

Ingatannya juga terganggu. Dia mula belajar berjinak-jinak dengan arak konon untuk mencari ketenangan. Akhirnya dia ketagih arak.

Akibat ketagihan arak yang  semakin teruk, tanpa sumber pendapatan dan kedudukan kewangan semakin tenat, tidak banyak pilihan untuk Vimi mencari wang bagi memuaskan nafsu araknya.

Akhirnya dia sanggup menjadi pelacur.  Hari ini di hotel sini, hari esok di hotel sana.

VIMI...Kejayaannya mendadak, kejatuhannya juga mendadak.


Ketagihan kepada arak memusnahkan saki baki hidup Vimi. Hatinya rosak teruk akibat minum arak.

Dia menderita sakit dan dimasukkan ke wad biasa Hospital Nanavati, Mumbai, kerana tidak mempunyai wang untuk wad lebih baik.     

Sakitnya membawa maut. Vimi mati di hospital berkenaan pada Ogos 1977 pada usia muda, 33 tahun.

Punca kematian kegagalan fungsi hati. Matinya dalam keadaan miskin, sunyi, keseorangan, tidak dipedulikan dan tanpa kasih sayang.          

Amat memilukan tiada teman atau saudara yang sudi membawa mayat bekas bintang ternama Bollywood ini ke tempat persemadian. 

Akhirnya mayat terpaksa dibawa menggunakankereta sorong  milik seorang penjual teh.

Begitu juga, tiada rakan Bollywood yang datang untuk memberi penghormatan terakhir, kecuali Sunil Dutt. 

Vimi benar-benar telah terbuang dan dilupakan!  - KitaReporters.com

VIMI dalam dua pose menarik.

1
0
4
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago