MOHAMMED Abubakar tinggal di sebuah bandar kecil di Nigeria. Sejak kecil dia menyimpan cita-cita untuk menerbangkan pesawat. Dengan kelulusan hanya pada peringkat sekolah menengah Tingkatan 5, dia tetap mencuba mendaftar di Politeknik Kaduna iaitu sebuah sekolah penerbangan pesawat bukan komersial. : KitaReporters.com
Namun, dia gagal mengumpulkan beberapa syarat kemasukan pada waktu itu, sehingga dia tidak dapat diterima masuk ke politeknik tersebut.
Setelah berdiam diri di rumah dan merenungi nasibnya, Mohammed mendapatkan pekerjaan sebagai pembersih pesawat terbang di Kabo Air.
Menurut laporan Elite Reader, dia hanya dibayar 200 Naira Nigeria (sekitar RM2 sehari).
"Banyak yang percaya bahawa saya tidak akan menerima pekerjaan itu kerana sedikitnya wang yang diberi.
“Saya kemudian dipekerjakan sebagai staf darat di syarikat penerbangan. Melalui perkhidmatan saya di syarikat itu, saya bekerja di hampir semua unit, kecuali keselamatan.
"Itu banyak membantu saya dalam sektor penerbangan," kata Mohammed.
Ketika menjalankan tugas ini, dia bekerja kuat dan membuat pegawai atasan kagum dengan semangat kental bekerjanya.
Mereka menawarinya pekerjaan sebagai pekerja kabin, dan dengan senang hati diterima oleh Mohammed. Dia kemudian ditawar pula pekerjaan sebagai pramugara oleh Aero Contractors.
Dengan peningkatan ini, gaji yang didapatnya juga naik. Pihak syarikat juga peroleh keuntungan kerana ketekunan Mohammed bekerja. Ini sudah merupakan satu langkah bagi seorang mantan pembersih pesawat terbang.
Namun, Mohammed tidak puas dengan itu meskipun ada kenaikan gaji. Dia masih ingin menjadi juruterbang komersial.
Baginya, dia bukan hanya mengejar wang sebaliknya mengejar cita-cita sejak kecil untuk menjadi juruterbang. Dia juga didorong oleh galakan yang diberikan oleh rakan-rakannya.
Wang gajinya disimpan yang sebahagian bagi diguna untuk mengejar cita-citanya.
Dengan sokongan daripada seorang pengarah eksekutif, Mohammed mendaftar untuk mengikuti latihan juruterbang di Canada dan akhirnya mendapatkan lesen juruterbang penerbangan kelas kecil.
Setelah melalui beberapa rintangan, dia akhirnya mendapatkan lesen juruterbang komersialnya. Dia mendapat pekerjaan dengan Azman Air, iaitu salah sebuah syarikat penerbangan di Nigeria.
Sekarang, 24 tahun setelah dia pertama kali bekerja sebagai pembersih pesawat, Mohammed kini berjaya menjadi juruterbang yang lengkap walaupun sudah memasuki usia 40-an. - KitaReporters/Sumber: Elite Reader