Pesona 18 Feb, 2020

ASHRAF SINCLAIR, 40, MENINGGAL MENGEJUT

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

HEMBUSAN nafas terakhirnya dikatakan berlaku dalam tidur akibat serangan jantung pada awal pagi Selasa, 18 Februari 2020. Pelakon Ashraf Sinclair yang berada di Jakarta, Indonesia disahkan meninggal dunia dalam usia 40 tahun. : KitaReporters.com

Allahyarham Ashraf Sinclair bersama isteri, BCL dan anak mereka, Noah.


Berita mengenai pemergian suami kepada pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) ini disahkan  melalui WhatsApp oleh pengurus peribadi BCL, Doddy yang dipetik oleh beberapa portal di Indonesia.

Pemilik nama sebenar, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair dikhabarkan meninggal kira-kira pukul 4 pagi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta.

Sejak itu, rata-rata rakan selebriti baik di Indonesia mahu pun di Malaysia yang terkejut atas pemergian Allahyarham meninggalkan ucapan takziah di laman instagram arwah serta isterinya, BCL.

"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can't believe this is happening," tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akaun Instagram @therealdisastr.

“Sangat mengejutkan kami, beruntung Ashraf pergi dalam tidur… semoga Allah mengampuni dosanya dan tempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman,’ komen rakan selebriti, Yasmin Hani.

"Turut berduka cita, ngee,’ tulis  Laudya Cynthia Bella, juga dalam laman Instagram BCL yang mencatatkan lebih 16,000 komen disusuli ucapan takziah.

Bendera kuning dipasangkan di kediaman Ashraf. - Kredit foto: Kapanlagi/Budi Santoso.

Terkini, laporan dari portal kapanlagi menyatakan bendera kuning dipasangkan di sisi pagar kediaman Ashraf di Pajaten Barat, Jakarta Selatan sementara pihak keluarga belum memutuskan tempat pengebumian arwah, namun khabarnya akan dikebumikan di San Diego Hills.

Keluarga Ashraf dari Malaysia yang disertai ibunya, Khadijah Abdul Rahman sudah pun berangkat ke Jakarta, Indonesia.

Ashraf yang  lahir di London, England pada 18 September 1979, tetapi dibesarkan di Malaysia berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta, dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 10 tahun.

Semoga rohnnya ditempatkan bersama kalangan orang beriman. Salam Takziah buat keluarga! - KitaReporter.com

Kelihtan van membawa pulang jenazah ke kediamannya di Pajaten Barat, Jakarta. - Kredit Foto: 

KOMPAS/ Baharuin Al Farisi)

0
0
4
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago