Pesona 12 Dec, 2019

BAKAR RUMAH SELEPAS API CINTA TAK DIRESTUI

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this
KERANA cinta adakalanya manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah yang tidak berlandaskan akal fikiran seperti melakukan jenayah dan perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain termasuk orang yang dicintai. : KitaReporters.com


Di Raub, Pahang kerana cinta dengan seorang ibu tunggal yang tidak direstui telah menyebabkan seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencetuskan kebakaran di rumah keluarga wanita berkenaan, yang boleh memusnahkan rumah itu sekiranya api tidak berjaya dikawal segera. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Cheroh, Raub awal pagi semalam (11/12/2019) seorang lelaki telah membaling dua tong plastik disyaki minyak petrol ke arah kereta milik mangsa di garaj hadapan rumah mangsa sebelum menyalakan api.

Namun ketangkasan mangsa memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api dan kemudiannya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak memusnahkan rumah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, meskipun tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan kecederaan tetapi kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan dua buah kereta milik mangsa. 

"Kebakaran menyebabkan bahagian sebelah kiri belakang kereta jenis Honda HRV terbakar, manakala tayar dan cermin tingkap sebelah kanan kereta Toyota Unser terbakar dan pecah.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan pihak polis sedang giat mengesan bagi menangkap suspek,"katanya di Raub semalam (11/12/2019).


Menurut Kama Azural, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek ekoran perhubungan mangsa dengan adik suspek.

Beliau memberitahu, adik perempuan mangsa berumur 36 tahun yang merupakan ibu tunggal dipercayai berkawan dengan suspek, tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarga.

"Pada Sabtu lalu (7/12/2019) adik perempuan pengadu telah keluar rumah mengikut suspek dan semalam (10/12/2019), suspek datang ke rumah pengadu untuk mengambil tiga orang anak adik perempuan pengadu tetapi dihalang.

"Dipercayai akibat tidak berpuas hati, suspek yang bekerja sebagai penjual madu kelulut telah datang bersama kawannya untuk membakar kenderaan milik pengadu," ujarnya. - KitaReporters.com

1
0
0
1
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago