Pesona 17 Dec, 2019

NAK CARI "HARTA KARUN" TAPI KENA CEKUP POLIS

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
GARA-GARA percaya kepada mitos kononnya terdapat harta karun yang disimpan dalam sebuah kubur lama milik seseorang berketurunan raja, dua lelaki ini sanggup memandu sejauh lebih 142 kilometer dari Pulang Pinang ke Pantai Remis di Perak. : KitaReporters.com


Bagaimanapun, hasrat kedua-dua mereka itu untuk menjadi 'jutawan segera' bukan sahaja tidak kesampaian malah ditangkap polis atas kesalahan menceroboh tempat perkuburan.

Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 31 tahun itu diberkas ketika sedang menggali sebuah kubur lama yang dikatakan milik seorang raja pada zaman dahulu di kawasan perkuburan di Kampung Batu Hampar, Pantai Remis semalam (15/12/2019).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 2 petang mengenai kegiatan dua lelaki itu yang dikatakan menggali sebuah kubur lama untuk mendapatkan sesuatu.

"Siasatan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka datang dari Pulau Pinang ke kawasan tanah perkuburan itu untuk mencari harta di dalam kubur tersebut. 

"Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut. Ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah," katanya ketika dihubungi di Beruas hari ini (16/12/2019).

Katanya, pihak polis kemudiannya pergi ke lokasi kejadian dan dengan bantuan orang awam telah menahan kedua-dua lelaki terbabit dan merampas peralatan menggali seperti cangkul dan skop.

Menurut beliau, siasatan yang dijalankan mendapati, kawasan kejadian adalah kawasan perkuburan purba yang terletak di atas bukit.

Katanya, salah sebuah kubur yang ada dikatakan sebuah kubur milik seseorang berketurunan raja zaman dahulu yang mana dipercayai terdapat harta yang ditanam bersamanya.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan reman bermula hari ini sehingga lusa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tempat perkuburan," katanya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Difahamkan, kubur yang terletak di atas bukit dan dalam kawasan berpagar itu telah dikorek sedalam lebih 0.6 meter oleh kedua-dua suspek.

Dikatakan, mitos daripada percakapan orang terdahulu menyatakan kubur yang digali oleh suspek itu ialah kubur milik keturunan raja zaman dahulu dan dipercayai kubur berkenaan mempunyai legenda. 

Difahamkan, setiap tahun akan ada orang berpakaian istana datang ke kubur berkenaan untuk membersihkan kawasan kubur tersebut. 

Kepercayaan semenjak keturunan terdahulu itu juga menyebut bahawa di dalam kubur tersebut terdapat harta karun dan emas yang dikebumikan bersama si mati. - KitaReporters.com

4
0
0
2
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago