MAHKAMAH sedang bersidang. Dua lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh sedang dibicarakan. Tiba-tiba tiga lelaki bersenjata api meluru masuk ke dalam mahkamah melepaskan tembakan bertalu-talu. Seorang daripada tertuduh maut. Tiga anggota polis dan seorang kaki tangan mahkamah cedera. : KitaReporters.com
SENASKHAH filem India mengenai kumpulan penjenayah. - Gambar hiasan
Kejadian ini nampak seperti adegan dalam filem Hindustan atau Tamil yang biasa kita tonton. Cuma yang ini bukan lakonan.
Sebaliknya
kejadian tersebut benar-benar berlaku pada siang hari dalam sebuah mahkamah di Daerah Bijnor, Bandaraya
Meerut, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.
Dua lelaki, Shahnawaz Ansari, 34, dan Jabbar Ahmed, 26, sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan dan pemimpin parti Bahujan Samaj (BSP) tempatan, Haji Ehsan, 50, dan anak saudaranya, Shadab Ali, 17.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Ketua Hakim Majistret (Chief Judicial Magistrate) Yogesh Kumar.
Memetik
laporan The Indian Express, Kedua-dua yang dituduh sebelum itu dibawa
dari penjara Tihar, New Delhi, bagi menghadiri perbicaraan tersebut.
Ketika
perbicaraan sedang berlangsung, tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk ke dalam mahkamah dan
melepaskan sekurang-kurangnya 20 tembakan dalam masa tiga hingga empat minit.
Tembakan itu
mengenai Ansari. Dia mati di tempat kejadian. Majistret dan mereka yang
berada dalam mahkamah bertempiran lari mencari perlindungan. Namun seorang kakitangan mahkamah tercedera.
Tiga anggota polis cedera terkena tembakan sewaktu cuba menangkap penyerang-penyerang tersebut.
Dalam keadaan kelam kabut dan terkejut itu, pihak polis berjaya menangkap ketiga-tiga lelaki berkenaan dan mendapati dua daripadanya adalah remaja bawah umur.
Ada seorang
lagi tertuduh dalam kes itu, Danish Khan, 30. Dia ditangkap di Mumbai dan
dibawa ke Bijnor. Bagaimana pun dia tidak berada di mahkamah ketika serangan
berlaku.
Tidak dapat
dipastikan apakah motif serangan tersebut, namun berkemungkinan ada hubung kait
dengan kes yang sedang dibicarakan.
MANGSA BUNUH... Haji Ehsan (kiri) dan anak saudara Shadab Ali.
Mangsa
pembunuhan, Haji Ehsan dan anak saudaranya, Shadab Ali ditembak mati oleh tiga
lelaki dalam pejabat mereka di Najibabad,
dalam kawasan Binor, pada Mei 2019.
Ehsan
adalah seorang agen hartanah yang juga aktif dalam politik dengan menyertai parti
BSP. Menurut polis pembunuhan ini
disebabkan persaingan dalam perniagaan.
Shahnawaz
Ansari adalah seorang penjenayah tegar dan memilik senarai jenayah yang
panjang. Dia merupakan tertuduh utama pembunuhan tersebut.
Tidak lama
selepeas pembunuhan itu, Ansari dan Jabbar Ahmed menyerah diri di sebuah balai
polis di New Delhi dan dihantar ke penjara Tihar di ibu negara India itu.
Ketika
disoal siasat selepas menyerah diri, Ansari memberitahu polis, jika dia tidak
membunuh Ehsan yang mempunyai saingan perniagaan dengannya dia sendiri akan
dibunuh.
Atas alasan
itulah dia terlebih dahulu bertindak membunuh Ehsan. Namun tidak dinyatakan
apakah perniagaan Ansari, sama ada dalam bidang hartanah seperti Ehsan atau
bidang lain.
Apa yang
berlaku dalam mahkamah di Bijnor itu memang mirip apa yang kita
saksikan dalam filem-filem Hindustan atau Tamil.
Mahkamah boleh dibolosi dengan mudah oleh orang bersenjata melepasi saringan keselamatan, menembak serta membunuh sesuka hati.
Barangkali kerana terlalu banyak dipaparkan adegan seperti ini di dalam filem menyebabkan ia memberi ilham kepada penjenayah membuat perkara yang sama. Kejadian di Binor ini satu contoh nyata. - KitaReporters.com
DALAM filem, si pejenayah-penjenayah berjaya diberkas. - Gambar hiasan