Pesona 09 Feb, 2020

DEEPIKA PADUKONE LAWAN PRAKASH PADUKONE

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this
JIKA peribahasa ‘Bapa borek anak rintik’ atau ‘Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’ sentiasa benar, hari ini aktres Deepika Padukone pasti sudah menjadi seorang pemain badminton hebat seperti bapanya, bukan seorang bintang filem. : Kita Reporters.com

DEEPIKA Padukone antara aktres menerima bayaran paling tinggi di Bollywood.


Ramai mengenali Deepika sebagai artis ternama di kancah industri filem Bollywood dan antara artis yang menerima bayaran paling tinggi. 

Namun mungkin tidak ramai yang tahu beliau adalah anak kepada legenda badminton India dan dunia, Prakash Padukone.

LEGENDA badminton India, Prakash Padukone. - Foto Twitter.


Prakash adalah pemain badminton terbaik pernah dilahirkan oleh India. 

Negara itu lebih menyinar di bidang hoki dan kriket. Namun kemunculan Prakash meletakkan India dalam peta badminton dunia.

Dia mula menempa nama dengan menjuarai kejohanan peringkat senior di India tahun 1971 dalam usia 17 tahun, menjadikannya pemain termuda pernah menjuarai kejohahan tersebut.

Kejayaan ini diteruskan setiap tahun sehingga tahun 1979 selama lapan tahun berturut-turut. Ini  adalah rekod kejayaan peribadi yang sangat memberangsangkan.

KEMESRAAN Prakash Padukone (kanan) dengan legenda badminton Denmark, Morten Frost Hansen pada saat kegemilangan mereka.


Kejayaan paling gemilang Prakash ialah menjuari kejohanan berprestij All England tahun 1980 menewaskan jaguh badminton Indonesia, Lim Swee King. 

Pada tahun itu juga dia diiktiraf sebagai pemain nombor satu dunia.

Prakash juga telah menjuarai beberapa kejohanan lain seperti badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel pada 1978, kejohanan Piala Dunia Alba di Kuala Lumpur (1981), Terbuka Belanda dan Terbuka Hong Kong (1982), Terbuka Denmark  serta Terbuka Sweden.

Antara pemain Malaysia yang seangkatan dengan beliau ialah Datuk Misbun Sidek. Mereka pernah berentap dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa, termasuk di Kuala Lumpur.

PRAKASH PADUKONE masih aktif sebagai jurulatih di Akademi Badminton Prakash Padukone di Banglore. - Kredit foto The Bridge.


Kejayaan cemerlang Prakash, yang lahir pada Jun 1955 di Kartanaka, mendapat penghargaan tinggi daripada kerajaan India apabila dipilih menerima Anugerah Padma Shri pada 1982. Anugerah ini adalah salah satu daripada anugerah tertinggi untuk orang awam.

Setelah bersara daripada pertandingan antarabangsa pada 1989, pada tahun 1994 Prakash menubuhkan sebuah  akademi badminton, Akademi Badminton Prakash Padukone, bersama seorang lagi bekas pemain India, Vimal Kumar. Akademi ini terletak di Banglore.

KIRI: Kemesraan dua beranak, Deepika dan bapanya Prakash Padukone.  

Kanan: Prakash ketika beraksi dalam kejohanan All England 1980 di mana dia menjadi juara menewaskan Lim Swee King. - Kredit foto Timesnow.


Sementara Parakash mencipta nama dalam badminton, anaknya Deepika memilih arahnya sendiri. 

Deepika berbakat besar dalam bidang lakonan. Sekalipun tidak mewarisi bakat bapanya sebagai pemain badminton, nyata dia menyinar dalam kariernya sebagai pelakon dan produser filem.

Deepika yang dilahirkan pada Januari 1989 dan berkahwin dengan aktor Ranveer Singh pada 2018, berjaya mencipta nama sebaris dengan aktres popular lain. 

Dengan kedudukan ini, dia menjadi antara artis yang menerima bayaran paling tinggi.

Sebagai membuktikan kehabatannya, dia telah memenangi tiga anugerah Filmfare.  

Antara filem-filem lakonan Deepika ialah ‘Chhapaak’, ‘Padmaavat’, ‘Raabta’, ‘Bajirao Mastani’, ‘Tamasha’, ‘Piku’, ‘Finding Fanny’, ‘Chenai Express’,  ‘Yeh Jawani Hai Deewani’ dan banyak lagi.

DEEPIKA PADUKONE di samping suami, Ranveer Singh. - Kredit foto Times of India.


Prakash Padukone pernah memberitahu, dalam banyak-banyak filem yang dibintangi oleh anaknya, dia sangat meminati filem ‘Bajirao Mastani’.

Rangkaian filem yang dibintangi dengan antaranya mencapai box-office, adalah testimoni prestasi dan kejayaan Deepika di Bollywood.

Barangkali jika dia ditakdirkan tidak menjadi bintang filem dan menurut jejak ayahnya bermain badminton, Deepika mungkin menjadi pemain wanita hebat India seperti Saina Nehwal dan PV Sindhu.

KELUARGA bahagia Prakash Padukone. Dari kiri: Prakash, Anisha, Deepika dan Ujjala (isteri Prakash). - Kredit foto Wikibio


Walau pun tidak mengikut jejak ayahnya, Deepika amat menyanjungi ayahnya dan melahirkan setinggi penghargaan terhadap segala pengorbanannya dalam menaikkan nama India dalam bidang badminton.

Dalam satu tulisannya di Instagram sempena 25 tahun akademi badminton bapanya, Deepika menyifatkan sumbangan bapanya dalam badminton khasnya dan sukan di India amnya sangat tinggi nilainya.

“Terima kasih ayah di atas dedikasi, disiplin, determinasi serta kerja keras bertahun-tahun. Kami sayang dan bangga dengan ayah,” kata Deepika.

Deepika juga sangat rapat dan menyayangi ibunya, Ujjala dan adiknya, Anisha Padukone.  

Dia sentiasa berusaha bersama mereka, terutama pada hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran adiknya, Anisha 29, baru-baru ini. 

Pada waktu gembira seperti ini, dia akan terbang balik ke kampung halaman di Banglore untuk meraikan majlis bersama keluarga. Hubungan kekeluargaan keluarga Prakash Padukone memang sangat rapat.

Prakash Padukone masih aktif dalam badminton dengan berusaha menghasilkan lebih ramai jaguh melalui akademi badmintonnya. 

Deepika pula terus cemerlang dalam dunia filemnya.

Mereka bukan di garisan yang sama. Tetapi kedua-duanya telah mencipta nama dan membuktikan kehebatan dalam bidang masing-masing. 

Inilah istimewanya keluarga bahagia Prakash Padukone. - KitaReporters.com

DEEPIKA (kanan) rapat dengan adiknya, Anisha. 


2
0
0
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago