KETIKA filem Ip Man 4: The Finale rancak ditayang di pawagam Malaysia, pastinya nama Bruce Lee kembali menjadi bualan ramai. Nama lagenda kungfu ini, meskipun sudah meninggal 47 tahun lalu iaitu 20 Julai 1973, mendiang masih dikenal sebagai salah satu pelakon dan dan ahli seni mempertahankan diri terbaik di dunia. : KitaReporters.com
Namun persoalan yang ramai bertanya, adakah ada penerus bagi master kungfu Bruce Lee ini? Jawapannya ada!
Perkenalkan, namanya Ryuji Imai. Ryuji Imai atau akrab disapa sebagai Ryusei adalah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari Jepun yang punya banyak peminat.
Diketahui, Ryusei mempelajari seni mempertahankan diri kungfu ala Bruce Lee sejak usianya 5 tahun.
Hebatnya, Ryusei juga menghafal semua gerakan Bruce Lee dengan lengkap di setiap filem-filemnya.
'Bruce Lee junior' ini setiap hari berlatih dengan sangat intensif. Misalnya, berlari atau berjalan cepat minimum 2 jam sehari, melakukan push up, dan sit up serta melatih kelenturan tubuh,
1. Ryusei sangat menyukai Bruce Lee dan sering menonton filem-filemnya.
Sambil menonton, Ryusei juga mempraktikkan jurus-jurus Bruce Lee.
2. Ryusei punya kelenturan yang luar biasa dan boleh melakukannya di mana sahaja!
3. Ryusei sangat suka berpose foto seperti ini.
Kakinya boleh menendang dengan jarak yang jauh meski tubuhnya masih kecil.
4. Lihatlah otot kanak-kanak ini! Lebih bagus daripada otot anda, kan?
Ini hasil latihan Ryusei setiap harinya.
5. Sebagai peminat fanatik, Ryusei tidak lupa mengunjungi makam Bruce Lee setiap ulang tahun idolanya itu.
6. Sama seperti anak-anak yang lain, Ryusei tetap pergi ke sekolah.
Tahun 2017 dia sudah masuk sekolah rendah.
Ryusei memang sangat ingin menjadi seperti Bruce Lee yang punya kemampuan kungfu yang hebat.
Langkahnya juga disokong sepenuhnya oleh keluarganya.
Meski begitu, banyak warganet yang mengkritik. Alasannya mereka menganggap Ryusei belum pada usia yang tepat untuk berlatih sekeras itu.
Lihat aksi hebat Ryusei seperti video di bawah ini. - KitaReporters.com