MENJADI kelaziman setiap kali mengunjungi kedai makan atau restoran pasti akan bertembung dengan pengemis. Kadang-kadang rimas dengan sikapnya yang sering meminta-minta. Tapi banyak kes yang dilaporkan mendedahkan golongan pengemis ini sebenarnya mendapat lebih banyak wang hasil mengemis berbanding mereka yang bekerja secara tetap. : KitaReporter.com
DUIT syiling yang diserahkan kepada kuil oleh pengemis sebelum meninggal dunia. - Foto www.khaosod.co.th
Kebanyakan pengemis yang menyamar sebagai miskin dan susah untuk meraih wang daripada orang ramai.
Namun tidak semua pengemis begitu kerana menjadi pengemis bukan suka-suka, sebaliknya mereka terdesak demi kelangsungan hidup.
Baru-baru
ini tular dalam laman sosial apabila seorang pengemis dari Chiang Mai, Thailand
memiliki hati ikhlas apabila menyerahkan kesemua wang yang diterima daripada hasil derma orang
ramai kepadanya kepada sebuah kuil di bandar itu sebelum dia meninggal dunia.
DUIT Syiling yang diletakkan dalam baldi sebelum diserahkan kuil.
Mungkin
sudah tahu dirinya akan kembali ke kampung abadi membuatkan dia mengambil
keputusan untuk menyerahkan kesemua duit tersebut kepada kuil.
Kesemua duit
berkenaan adalah duit syiling, bukan sikit tapi beberapa baldi.
Mulia
sungguh hati si pengemis tua itu!
Perkongsian
pengemis berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dan perkongsian
tersebut sehingga kini telah menerima lebih 25,000 reaksi daripada netizen.
Menurut
pengguna FB berkenaan, pengemis itu sering dilihat berehat di sebuah kedai
serbaneka 7-Eleven yang terletak di Lob Buri, bandar Chiang Mai.
PIHAK pengurusan kuil di Chiang Mai, Thaiand mengira jumlah sebenar duit syiling diserahkan oleh pengemis.
Malah, pembeli di kedai serbaneka di kawasan berkenaan juga sudah mengenali pengemis
tua itu yang menjadikan kawasan tersebut sebagai persinggahannya.
Walaupun
menjadi pengemis, dia tidak mengganggu orang ramai yang berada di situ.
Oleh itu, keputusannya untuk menyerahkan
timbunan wang syiling yang dikumpulkan untuk digunakan oleh pihak kuil ternyata
membuka mata orang ramai.
PENGEMIS tua menjadikan kaki lima di kedai serbaneka 7 Eleven sebagai tempat berehat dan melelapkan mata.
“Berehatlah dengan tenang pakcik yang tidur di kaki lima 7-E. Walaupun kamu sudah tiada, kamu masih lagi sempat meminta saudara kamu untuk menyerahkan wang simpanan ini ke kuil.
"Kamu memang seorang insan yang hebat," tulis seorang netizen yang melahirkan rasa kagum dengan sikap pengemis tua berkenaan.
Malah beberapa
netizen yang kagum dengan keikhlasan hati si pengemis tua turut mendoakan
kesejahteraan pengemis itu di negeri abadi. - KitaReporter.com