Pesona 11 Dec, 2019

SEROJA PAKAR DIY PERMANIAN BERADAS LEMBU

@khairunnisa sulaiman
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai wartawan di majalah MASSA, Mastika, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

Share this
KINI lembu sado atau lembu bersaiz besar semakin mendapat tempat dan sering dipertandingkan. Lembu itu biasanya adalah daripada baka yang diambil dari luar negara.  Tetapi untuk membawa baka seekor lembu sudah tentu memakan kos yang besar,tidak masuk lagi pelbagai prosedur lain. : KitaReporters.com 

Seroja Isabella tidak jijik melakukan teknik AI walaupun terpaksa bergelumang dengan najis lembu.  


Bagi mengatasi masalah ini teknik artificial insemination (AI) atau permanian beradas adalah jalan penyelesaiannya. 

Teknik ini dapat meningkatkan industri ternakan negara selain memberikan baka lembu pedaging atau tenusu yang terbaik untuk penternak dan pengguna. 

Di Kelantan nama Siti Aisyah Abdul Mutalib, 33, mungkin tidak siapa mengenalinya tetapi jika sebut Seroja Isabella tentu ramai penternak mengenalinya kerana kepakarannya melakukan prosedur permanian beradas (AI) untuk lembu.

Bagaimanapun jelas Seroja perjalanan untuk mendapat kepercayaan penternak lembu untuk ‘menyerahkan’ lembu mereka ke tangannya untuk prosedur AI bukan satu jalan mudah dan singkat, banyak yang perlu dilalui.

“Selepas menamatkan kursus inkubasi ternakan ruminan di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya mengikut anak angkat emak saya ke kampungnya di Kelantan.

“Kebetulan semasa kursus saya perlu pelihara seekor anak lembu dan kerana tidak mahu sembelih, saya bawanya ke Kelantan tiga tahun lalu,” kata wanita kelahiran Parit Buntar, Perak.

Di Kelantan, Seroja menempatkan anak lembunya di ladang sawit anak angkat emaknya di Tanah Merah.

“Di sini saya memulakan perkhidmatan mudah alih AI bagi lembu dan merawat haiwan ternakan,” katanya yang pernah bekerja selama setahun di ladang Nordin Mat di Pondok Tanjung semasa mula-mula terjun ke dunia ternakan ruminan.

Seroja sedang melakukan prosedur AI pada lembu betina pelanggannya. 


Sejak setahun lalu hanya Seroja, wanita tunggal yang membuat perkhidmatan AI mudah alih di Kelantan selepas menjalani kursus AI dengan GTR di Johor di bawah seliaan Mat Pani.

“Selepas tamat kursus, saya melakukan diagnosis bunting percuma atau free pregnancy diagnosis untuk lembu bagi mengesahkan kebuntingan bagi 70 ekor lembu sebelum mendapatkan lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),” katanya yang juga berkursus dengan JPV selama dua bulan.

Selepas mendapat lesen, Seroja boleh membuat prosedur AI dan digelar ‘DIY AI man’ untuk dibenarkan mengendalikan tangki simpanan semen (sperma lembu jantan terpilih).

Prosedur AI hanya boleh dilakukan apabila lembu betina mempunyai tanda mahu mengawan.

“Bagaimanapun saya perlu memastikan lembu yang akan menjalani prosedur AI tidak bunting.

“Selepas pasti tidak bunting barulah prosedur boleh dilakukan yang hanya memakan masa beberapa minit,” katanya yang menggunakan semen beku lembu jantan baka terbaik yang diimport oleh majikannya. 

Walaupun mengambil masa singkat tetapi mencabar kerana tidak nampak apa-apa tetapi hanya menggunakan tangan.

“Satu tangki kecil biasanya boleh memuatkan 300 straw yang berisi semen beku yang diimport,” katanya yang mempunyai sijil fisioterapi dari sebuah kolej swasta.

Satu tangki boleh memuatkan 500 straw yang mempunyai semen lembu jantan terpilih. 


Selepas tiga bulan lembu betina akan diperiksa sama ada bunting atau tidak dan jika tidak prosedur AI perlu dilakukan sekali lagi.

“Biasanya peratus kejayaan lebih banyak bergantung kepada rezeki kerana terdapat lembu yang rasa selesa dengan orang yang telah biasa dengannya.

“Bagi saya jika selepas tiga kali percubaan saya masih gagal, saya akan gunakan khidmat orang lain untuk prosedur AI,” katanya yang sukakan haiwan sejak kecil.

Buat masa ini, Seroja dengan kumpulannnya bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memberikan penerangan dan promosi mengenai AI kepada penternak di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis.  

“Bulan Oktober lalu, kumpulan kami telah mula dengan negeri Selangor dan tahun depan dengan negeri-negeri lain,” katanya yang baru selesai menyertai Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK) di Johor Bahru baru-baru ini. 

Seroja (kiri) bersama-sama kumpulannya di Johor.  


Seroja menambah, teknik AI bakal meningkatkan sumber genetik ternakan yang bagus atau sesuai dalam negara  seterusnya meningkatkan sumber pendapatan penternak dan memenuhi permintaan pelanggan atau pengguna. 


Sasaran:

  • Semua rakyat Malaysia tahu kewujudan Teknologi AI
  • Luaskan penggunaan AI untuk pembiakan ternakan lembu
  • Tingkatkan kualiti daging melalui sumber genetik
  • Menjadi pusat sumber genetik dan DIY yang tersohor di Malaysia dan dunia
  • Membantu penternak melalui kepakaran dan sedia berkongsi pengalaman dan khidmat nasihat
  • Menjadikan khidmat AI DIY RHM sebagai peneraju bersama dan penyumbang utama kepada peningkatan kemajuan teknologi biak baka di Malaysia
  • Jadikan usahawan ternak tidak jauh atau seiring dengan usahawan ternak negara jiran
  • Menyokong penternak yang ingin maju kerana jika mereka lambat mereka akan ketinggalan  


Kini Seroja mempunyai ladang sendiri di Machang, Kelantan yang menempatkan 30 ekor lembu, 40 kambing dan arnab pedaging dan baka.  

“Saya telah melakukan prosedur AI lembu ternakan saya yang menunjukkan hasil memuaskan dengan baka yang berkualiti bersaiz besar walaupun masih belum berusia setahun,” katanya.

Pembaca yang mahu mendapat maklumat mengenai AI boleh ke Facebook: Seroja Isabella atau IG: Seroja Isabella. - KitaReporters.com 

Lembu hasil teknik AI baru berusia setahun kacukan Brahman dan Carolais. 

48
10
0
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago