Pesona 12 Feb, 2020

YAKIN KUAT, AHLI BINA BADAN KORBAN COVID-19

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BEKAS ahli bina badan China hanya mampu bertahan empat hari sahaja menerima rawatan selepas dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia berikutan positif koronavirus. Qiu Jun, dimasukkan ke hospital di bandar Wuhan selepas enggan menggunakan penutup muka semasa berada di luar rumah. : KitaReporters.com

WALAUPUN Qiu Jun berusia 72 tahun, namun bekas ahli bina badan ini masih kelihatan kuat dan aktif. - Foto AsiaWire.


Malah, memetik laporan Dailystar, lelaki berusia 72 tahun itu mengaku masih kuat serta aktif dan dilihat sering melakukan senaman secara terbuka tanpa menggunakan alat perlindungan diri ketika berada di Zhongshan Park.

Lelaki warga emas itu juga turut mengunjungi gimnasium di bandar Wuhan, walaupun kerajaan tempatan menguatkuasakan perintah berkurung sejak 23 Januari 2019.

Namun sikap keras kepala membuatkan dia terus 'bebas' melakukan senaman dan aktiviti harian tanpa mempedulikan kesihatan diri.

Bagaimanapun selepas beberapa hari ‘bebas’, Qiu Jun kemudian mengadu tidak sedap badan sebelum dihantar oleh menantunya ke Hospital Union Wuhan.

DIa kemudian dimasukkan ke hospital pada 28 Januari 2020.

Namun, selepas beberapa hari di hospital, pasukan perubatan melakukan ujian ke atasnya dan dia didiagnosis positif penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) pada 2 Februari 2020.

QIU JUN (kiri) ketika menyertai pertandingan dunia bina badan pada tahun 2018. - Foto AsiaWire.


Qiu Jun kemudiaan dipindahkan ke wad isolasi di Wuhan Red Cross Hospital pada keesokan harinya, sebelum meninggal dunia empat hari kemudian. 

Semoga ini menjadi peringatan kepada semua, termasuk kita di Malaysia. 

Semua pihak kena bersikap berhati-hati dan waspada. Bila berada di luar dan dalam kumpulan yang besar, sila guna alat pelindungan seperti topeng mulut.

Lebih baik mencegah daripada mengubat, kan?? - KitaReporter.com

 

 

 

 

6
15
5
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago