SIAPA sahaja yang tidak sedih di atas permergian keluarga tercinta yang telah pergi meninggalkan kita semua di dunia ini buat selama-lamanya. Namun saat kita meratapi kesedihan pemergian insan yang kita sayangi, ada lagi perkara yang merungsingkan kita semua tentang pengurusan jenazah. : KitaReporters.com
https://www.facebook.com/482874802470567/posts/716575562433822/
Menurut perkongsian seorang individu dalam Facebook yang berkongsikan kisah seorang warga Indonesia yang mengalami detik sedih apabila anak keduanya meninggal dunia dan perlu dikebumikan dengan segera.Tetapi kerana masalah kewangan yang dialami, si bapa perlu mengeluarkan wang sebanyak RM1,500 untuk menguruskan jenazah anaknya.
Si bapa berasa sangat rungsing memikirkan hal ini kerana beliau perlu membayar kos rawatan isteri di hospital lagi dan juga wang pengurusan jenazah anaknya.
Berasal dari Indonesia
Saya cerita pula bagaimana Allah aturkan kepada kami untuk membantu lelaki ini.
Si bapa adalah seorang warganegara indonesia. Bayi yang kami bantu urus tadi adalah anak kedua yang telah meninggal dunia.
Anak pertama keguguran sewaktu kandungan 2 bulan. Anak yang meninggal dunia itu pula adalah anak kedua yang berusia 9 bulan.
Sepatutnya 5 Februari adalah 'due date' yang diberi oleh doktor. Beberapa hari sahaja lagi anak pertamanya dijangka akan dilahirkan.
Berlaku tumpah darah
3 hari lalu isteri kepada pasangan Indonesia yang juga dikenali sebagai Zulkarnain telah berlaku tumpah darah di rumah.
Apabila kejadian tumpah darah itu berlaku si suami terus membawa isterinya ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Rupanya bayi sudah meninggal 2 hari
Si isteri terus ditahan di wad selama 3 hari. Dari apa yang dikongsikan oleh si suami kepada saya, bayinya sudah meninggal dunia di dalam perut selama 2 hari. Sewaktu bayi itu dikeluarkan, si ibu memang sudah tidak sedarkan diri oleh kerana diberi ubat tidur.
Jadi apabila keluar sahaja anak itu memang sudah tidak lagi bernyawa. Selepas mendapat berita anaknya meninggal dunia maka gugurlah air mata seorang bapa yang mengharapkan anak lelakinya dapat membesar di depan mata seperti kita semua.
Tak ada pengalaman urus jenazah
Si bapa seperti hilang arah untuk menguruskan jenazah bayi syurganya itu kerana tidak mempunyai pengalaman. Lalu si bapa cuba memaklumkan kepada seorang rakan baiknya untuk meminta bantuan bagi mencari pihak yang boleh menguruskan jenazah anak lelakinya.
Rakannya cuba bertanyakan pula pada pihak ketiga yang boleh menguruskan urusan jenazah bayi lelaki tersebut.
Kos urus jenazah RM1,500
Kos yang dipinta oleh pihak ketiga itu berjumlah RM1,500. Ini harga cekik darah boleh pergi haji balik hari. Bayi ja kot. Tapi kos yang diminta itu pula kalah untuk menguruskan jenazah lelaki dewasa walaupun caj untuk warga asing?
Ini bukan soal rakyat Indonesia atau rakyat Malaysia, tetapi soal agama Islam yang memang dianutisi bapa dan ibu kepada bayi malang tersebut.
Kalau warga asing memang kena caj harga beribu ke apa? Jadilah manusia yang adil dan mampu berfikir dengan waras!!! Menguruskan jenazah itu kan fardhu kifayah.
Bapa cerita masalah sebenar
Bapa kepada bayi ini berasa sangat keliru untuk menguruskan bayinya di bilik forensik berkaitan urusan dokumen bayinya yang telah meninggal dunia.
Si bapa terjumpa salah seorang dari rakan unit taskforce dan bertanya cara untuk menguruskan jenazah anak lelakinya.
Lalu berceritalah si bapa kepada rakan unit taskforce saya itu tentang masalah yang sedang dihadapi. Si bapa berkata dari mana hendak beliau cari duit sebanyak RM1,500?
Sudahlah beliau perlu sediakan kos bil rawatan yang dijangka beribu selepas isterinya keluar dari hospital kerana statusnya adalah warga asing.
Tawar perkhidmatan urus jenazah bayi
Jadi rakan unit taskforce saya itu telah menasihatkan si bapa untuk bertenang dan menawarkan perkhidmatan kepadanya.
Si bapa langsung tidak tahu atau senang saya kata dalam keadaan "BINGUNG".
Tetapi boleh saya katakan situasi bingung ini biasa terjadi kepada semua orang bila berlakunya kematian dalam keluarga anda.
Situasi itu tidak pelik kepada kami kerana kami sudah lihat di depan mata beratus-ratus kali.
Ambil tahu pengurusan jenazah
Ketika anda berada dalam situasi bingung ini lah akan ada manusia manusia spesis mencari makan yang akan menawarkan khidmat pengurusan jenazah.
Mereka ini menggunakan kata-kata manis dengan perwatakan yang warak untuk memancing waris. Masa itu waris tidak akan syak akan diperdaya.
Maka itu lah ayat umpan akan digunakan seperti :
- JANGAN RISAU KAMI AKAN BANTU URUS SAMPAI SELESAI.
- HANTAR DULU BAYAR KEMUDIAN.
Bila jerat sudah memakan umpan tugasan pula telah dilaksana, maka waktu itulah baru dinyatakan kepada waris jumlah kos caj perkhidmatan yang perlu dibayar.
Modus operandi yang biasa diguna pakai oleh banyak pihak yang mengambil kesempatan terhadap waris diluar sana.
Selepas si bapa dimaklumkan pihak kami sudi membantu untuk menguruskan jenazah anaknya,
rakan unit taskforce terus membawa si bapa ke pondok polis di hospital untuk membuat laporan polis tentang kematian bayi lelakinya.
Oleh kerana waktu sudah lewat malam kami mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah bayi lelaki itu serentak bersama 2 jenazah bayi kembar perempuan pada waktu pagi.
Pagi ini kami ambil 3 jenazah bayi syurga ini secara serentak menggunakan van jenazah di bilik forensik untuk disempurnakan dibilik wakaf Jannatul Firdaus.
Dalam keadaan cuaca hujan yang sekejap lebat sekejap renyai dan menyebabkan semua unit sukarelawan basah, tetapi tugasan kami tetap diteruskan sehingga lah ke tiga tiga anak syurga itu selamat disemadikan dirumah baru.
Tenanglah wahai 3tiga anak syurga. Bermain-mainlah kamu dengan tenang di taman Firdausi.
Tanggungjawab yang diberi oleh ibu bapa kamu telah pun kami laksana.
Semoga ada bahagian pula untuk kami di dalam syurga bersama kamu bertiga.
Terima kasih Mr Wan Chai Offficial (https://www.facebook.com/my.life.is.my.rules.kehidupan.dan.kematian/) dan taskforce Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata Selangor @ unit khas van jenazah.
Semoga Allah berkati dan beri balasan terbaik di dunia dan di akhirat atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan. - KitaReporters.com