Pesona 16 Dec, 2019

'BUDAK SAMPAH' YANG KEMUDIAN JADI JUTAWAN

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

BEBERAPA jam setelah lahir pada tahun 1989, bayi yang kemudiannya diberi nama, Freddie Figgers ditinggalkan dekat tempat buang sampah di sebuah daerah kecil di Florida, Amerika Syarikat. Namun, nasibnya tidak seburuk tempat yang dia dibuang itu. : KitaReporters.com

Freddie bersama ibu angkatnya Betty Figgers.

Seorang pejalan kaki menemui Freddie sendirian dan dalam kesulitan. Dia kemudiannya memanggil polis.

Bayi itu dirawat di hospital dengan luka ringan selama dua hari, kemudian ditempatkan di rumah kebajikan, menurut laporan News Herald pada 8 Disember 2019.

Pasangan yang membawanya, Nathan dan Betty Figgers, tinggal dekat Quincy, Florida dan mereka sudah memiliki seorang anak perempuan.

Freddie mulai tinggal bersama mereka dan pasangan Figgers itu memutuskan untuk mengangkat dia menjadi anak angkat.

Di sekolah rendah, kata Freddie Figgers, anak-anak lain akan mengejek-ejeknya dengan memanggilnya 'budak  sampah' ketika mereka mengetahui bahawa dia telah dibuang dekat tempat buang sampah selepas baru dilahirkan.

"Itu adalah daerah kecil, jadi apa yang berlaku, semua orang akan mengetahuinya," kata Freddie, yang kini berusia 30 tahun.

"Orang tua saya menceritakan tentang apa yang sebenaarnya terjadi apabila saya bertambah dewasa. 

"Saya sering memikirkannya sebagai seorang anak, dan saya harus mengatakan apa yang berlaku itu memalukan ketika saya masih muda."

Hidup Freddie mencapai titik perubahan ketika dia berusia 9 tahun, bila mana ayahnya Nathan membayar AS$25 (kira-kira RM100) untuk membeli komputer Macintosh 1989 yang rosak di sebuah kedai barang terpakai.

Nathan, seorang pekerja pemeliharaan di Florida State University, membawa pulang komputer itu dan meletakkannya di atas meja dapur sehingga anak angkatnya, Freddie dapat bermain dengannya.

"Dia berfikir bahawa komputer mungkin boleh membantu saya keluar dari masalah," kata Freddie.

Ayahnya betul. 

Freddie membongkar komputer itu dan memasang kembali beberapa kali. Freddie tahu bahawa dia boleh menghidupkan komputer itu ketika dia memasang beberapa komponen yang dia temukan di radio tua milik ayahnya.

"Aku masih memilikinya," kata Freddie tentang komputer pertama itu. "Itulah yang menimbulkan minat saya kepada teknologi."

Freddie akhirnya pandai memasang komponen komputer dalam usia awal remaja dan ketika dia berusia 13 tahun, majlis kota Quincy mengupahnya untuk membantu memperbaiki komputer.

Ketika berusia 15 tahun, dia memulakan syarikat pertamanya, Figgers Computers, untuk memperbaiki komputer dengan berpejabat di ruang tamu orang tuanya. 

Dia membantu klien menyimpan data mereka pada server yang dia buat.

Freddie adalah seorang yang berdikari  dan cepat belajar. Setelah membangun pangkalan data awan (cloud database) sendiri, dia memutuskan untuk tidak melanjutkan kuliah.

"Saya tidak akan menyarankan laluan saya yang saya pilih untuk semua orang," kata Freddie. 

“Tetapi itu berhasil bagi saya. Ketika saya berumur 17 tahun, saya memiliki 150 klien yang memerlukan laman sesawang  dan penyimpanan untuk fail mereka. Saya terus membangun dari sana, ” tambahnya.

Pencapaian besarnya terjadi beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2012. 

Ketika berusia  23, tahun dia menjual program pengesan GPS kepada sebuah syarikat yang dirahsiakan di Kansas pada harga AS$2.2 juta (kira-kira RM8.2 juta).

Ayah Freddie menderita penyakit Alzheimer dan suka berjalan-jalan. Ada masanya ayahnya sering mengalami masalah lupa.

"Saya menciptakan peranti yang boleh saya masukkan ke dalam kasutnya yang memungkinkan saya untuk mengesannya, ditambah bercakap dengannya melalui kasutnya," kata Freddie.

Nathan Figgers meninggal pada 2014, dan tidak lama setelah itu, Freddie memulakan bisnes Figgers Communications. 

Dia berjaya mengembangkan 80 program peranti khas dengan wang yang dia peroleh daripada menjual teknologi 'kasut pintar'nya.

"Sulit melihatnya kemerosotan kesihatan ayah. Itu sesuatu yang tidak pernah anda lupakan," kata Freddie. 

"Saya sangat berterima kasih kepadanya dan ibuku. Mereka mengajari saya untuk tidak membiarkan keadaan saya menentukan siapa saya," tegasnya.

Freddie, yang sekarang tinggal di Parkland, Florida, adalah pengasas Figgers Wireless, sebuah syarikat  telekomunikasi swasta yang  pada tahun 2017 bernilai lebih daripada AS$62 juta (kira-kira RM250 juta). - KitaReporters.com
2
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago