Pesona 03 Feb, 2020

TAHNIAH!! PERKAHWINAN MUAFAKAT NASIONAL?

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this
SATU ketika dulu, kejadian pasangan remaja terpaksa menikah dua kali kerana perbezaan fahaman politik antara penyokong Umno dan Pas berlaku sekitar tahun 80-an. Lebih menyedihkan, ada pasangan baru kahwin terpaksa berpisah ikatan disebabkan fatwa yang memang menebal ketika itu. Namun kini, lain ceritanya. : KitaReporters.com

Pasangan Mohd Al-Naim Mohd Nor dan Nor Azian Nooedin diijab kabul pada Sabtu, 1 Februari 2020.


Dulu jika ada anak penyokong Umno berkahwin dengan anak penyokong Pas atau sebaliknya dan menggunakan khidmat jurunikah imam dari Umno dikatakan tidak sah.

Mereka terpaksa menikah semula dengan imam dari Pas.

Begitulah kejadian yang banyak berlaku sebelum ini menyebabkan perpaduan masyarakat setempat terganggu kerana wujud perbezaaan politik yang berlainan.

Bagaimanapun, sejak wujudnya Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan Pas pada 2019 keadaan itu sudah berubah dan suasana kini menjadi normal, malah generasi kini menganggapnya ia perkara lapuk.

Kisah dua remaja yang menjadi pasangan pengantin baharu antara Pemuda Pas dan Puteri Umno yang sedang viral dalam media sosial sejak dua hari lalu mencetuskan fenomena baru kepada masyarakat setempat.

Heboh dalam media sosial mengenai perkahwinan antara ahli Pemuda Pas Besut dengan ahli Puteri UMNO Bahagian Besut.


Pasangan Mohd Al-Naim Mohd Nor, 29, dari Kampung Darau, Hulu Besut, dan Nor Azian Nooedin,  30, dari Kampung Bukit Mali, Hulu Besut, yang diijabkabul pada Sabtu 1 Februari 2020, kini menjadi perbualan hangat penduduk daerah itu.

Apa tidaknya, Mohd Al Naim seorang pekerja sebuah bank di Kuala Lumpur adalah penyokong kuat Pas sejak dibangku sekolah, manakala Nor Azian penyandang Pengerusi Penyelaras Puteri Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut.

Tular dalam media sosial mengaitkan pasangan itu sebagai "perkahwinan Muafakat Nasional" di daerah Besut apabila remaja berkenaan menjadi pasangan suami isteri.


Mohd Al Naim. berkata, dia terkejut apabila netizen menyifatkan mereka pasangan "perkahwinan Muafakat Nasional" kerana pertembungan antara dua parti politik, yang sebelum ini menjadi seteru antara satu sama lain.

Katanya, sejak tersebarnya gambar mereka dalam media sosoal dua hari lalu, beliau terpaksa membalas ribuan komen dan menjawab telefon dari pelbagai pihak.

“Ya, memang betul saya penyokong kuat Pas tetapi bukan memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Besut, manakala bakal isteri saya bukan Ketua Puteri Umno Bahagian Besut, tetapi Pengerusi Penyelaras Puteri DUN,” katanya bagi memperbetulkan dakwaan netizen.

Beliau berkata, majlis ijab kabul berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan pada Sabtu, 1 Februari 2020 malam, manakala majlis persandingan dijadualkan berlangsung pada Mac depan.

Pemuda Pas bertemu jodoh dengan Puteri UMNO. - Gambar Facebook

Katanya, beliau mula mengenali dengan Nor Azian sejak tiga bulan lalu selepas berkenalan menerusi Facebook dan sejak itu saling membalas komen-komen.

Bagaimanapun, katanya dia tidak tahu Nor Azian ialah penyandang jawatan penting dalam Puteri Umno di DUN Hulu Besut.

“Jika masyarakat ingin mengatakan perkahwinan saya adalah hasil gabungan Muafakat Nasional, itu terpulang kepada tafsiran masing-masing,” katanya.

Tahniah!! Semoga "permuafakatan" ini kekal aman bahagia sehingga ke jannah. Amin!! - KitaReporters.com

2
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago