Pesona 15 Jan, 2020

PENYAMUN LONGLAI 'DIBELASAH' NENEK 'POWER'

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

KITA sering mendengar kisah seorang warga emas yang cedera teruk ‘dikerjakan’ oleh pencuri yang memecah masuk ketika sendirian di rumah. Tapi berbeza di Rochester, New York, Amerika Syarikat apabila kisah itu menjadi ‘terbalik’ selepas seorang penyamun cedera parah ketika cuba memecah masuk rumah milik seorang warga emas, baru-baru ini. : KitaReporters.com

WILLIE Murphy sempat menuangkan syampu kepada penyamun sebagai langkah keselamatan dirinya ketika rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.


Apa tidaknya! Kediaman yang dIpecah masuk itu bukan calang-calang orang kerana warga emas berkenaan adalah bekas peninju hebat

Malah wanita berusia 82 tahun dan memiliki ketinggian sekitar tiga kaki itu berupaya mengangkat daya seberat 102 kilogram dan pernah dinobatkan Anugerah World Natural Powerlifting Federation Lifter of the Year pada tahun 2014!

Ibarat buku bertemu ruas, mungkin itu yang sesuai diperkatakan selepas penyamun yang berusia 28 tahun cuba memecah masuk ke rumah Willie Murphy yang tinggal bersendirian.

WALAUPUN kelihatan uzur pada usia 82 tahun, namun Murphy masih kuat dan bertenaga.


Ketika kejadian tersebut, Murphy sedang bersiap sedia untuk masuk ke bilik tidurnya, namun didatangi seorang lelaki mahu meminta pertolongan untuk menghubungi ambulans.

Wanita besi itu kemudian bertindak menghubungi pihak polis sebagai persediaan keselamatan dirinya dan tidak membenarkan penyamun tersebut masuk ke dalam rumahnya.

Tindakan itu membuatkan si penyamun semakin berang sebelum memecah masuk rumahnya.

MURPHY membelasah penyamun berkenaan dengan sekuat hati demi keselamatan dirinya.


Menyedari dirinya berhadapan dengan situasi yang bahaya, Murphy sempat bersembunyi di dalam kegelapan rumah dan mencari sesuatu untuk menyelamatkan dirinya.

Lalu, dia telah mengangkat sebuah meja dan memukul penyamun itu.

“Penyamun berkenaan mungkin tersalah pilih rumah untuk melakukan aktiviti jenayahnya. 

"Saya membelasahnya sekuat hati dan berkata kepada diri sendiri, jika ini masanya untuk saya mati, saya akan membawa dia bersama saya!” katanya.

Bekas peninju wanitu kemudian terus ‘beraksi’ dengan memukul lelaki itu sehingga meja tersebut pecah.

Tidak terhenti begitu sahaja, dia turut menggunakan kaki meja yang diperbuat daripada besi sebelum terus menghentam lelaki tersebut.

Akui Murphy lagi, dia sempat menuangkan syampu ke arah muka penyamun itu sambil memukulnya lagi dengan sebatang penyapu.

“Saya berlari ke dapur, saya ambil syampu bayi dan curahkan ke atas mukanya. Dia cuba untuk bangun tetapi saya memukulnya dengan penyapu,” katanya.

Tidak beberapa lama kemudian, pihak polis tiba di pekarangan rumahnya dan menahan lelaki durjana berkenaan.

Walaupun sudah berusia namun Murphy masih melakukan rutin bersenam setiap masa.


Lebih melucukan apabila ‘permintaan’ lelaki ini untuk mendapatkan ambulans pada awal kedatangan ke rumah peninju itu menjadi realiti apabila terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Inilah dikatakan buku bertemu ruas, jangan disangka warga emas itu lemah dan yang muda itu kuat!

Jom kita saksikan kisah wanita besi berkongsi pengalaman ketika berdepan penyamun durjana di rumahnya. - KitaReporters.com


 

 

5
9
0
2
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago