Pesona 28 Nov, 2019

PRESIDEN PERTAMINA: AHOK DAPAT GAJI RM190J

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BASUKI Tjahaja Purnama (BTP) yang lebih dikenali sebagai Ahok secara rasminya telah diumumkan sebagai Komisaris Utama atau Presiden PT Pertamina iaitu salah satu syarikat milik kerajaan Indonesia yang paling berprestij. : KitaReporters.com


Namun kehadiran bekas Gabenor Jakarta ini sebagai bos syarikat minyak milik negara itu yang baharu agak mengejutkan selepas pendapatannya didedah oleh Kompas TV dan diakui Menteri Perindustrian (BUMN), Erick Thohir dalam wawancara dengan Kompas TV pada Jumaat (22/11/2019) lalu.

Menurut Kompas TV, Ahok menerima elaun berjumlah AS$47.23 juta (kira-kira RM190 juta) setahun atau pendapatan sebulannya ialah sebanyak RM1.76 juta.

Jumlah pendapatan itu melebihi gaji menteri-menteri di Indonesia, malah mengatasi sejumlah Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan syarikat swasta di Indonesia.

Ahok mengantikan tempat Tanri Abeng, tetapi menerima pendapatan jauh lebih besar daripada Tanri.

Ahok merupakan ahli perniagaan yang mewarisi perniagaan bapanya dan mempunyai lombong batu bara (arang batu) sebelum bergiat dalam politik dan pentadbiran kerajaan.

Ahok pernah menjalani hukuman penjara kerana pertikaian agama hingga terpaksa melepaskan jawatan (Gabenor Jakarta) dan mejadi penghuni penjara.

Ahok yang mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Jokowi sebelum ini diberitakan akan diberi jawatan menteri.

Namun kini segala-galanya terjawap kerana memiliki kedudukan lebih baik daripada menjadi seorang menteri.

Ahok menjadi Gabenor Jakarta pada 39 Julai  2016, namun Pada 9 Mei 2017, Ahok terpaksa menjalani hukuman penjara dua tahun kerana tuduhan "mencemar agama Islam". 

Dia dibebaskan pada 2 Januari 2019. - KitaReporters.com/Sumber: Kompas TV

0
1
1
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago