Pesona 11 Feb, 2020

[VIDEO] TERCAMPAK SELEPAS KERETA DILANGGAR!!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
KEMALANGAN jalan raya sering kali berlaku tanpa kita semua duga kerana masalah pemandu yang cuai atau melanggar undang-undang jalan raya. Terkini kecoh di media sosial dengan sebuah kemalangan yang berlaku di Pedas, Linggi Negeri Sembilan akibat pemandu lain. : KitaReporters.com


Kejadian yang dikatakan berlaku pada Isnin, 10 Februari 2020 membuatkan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta di tengah-tengah lebuh raya.

Ini berlaku kerana sebuah Perodua Myvi (putih) dan sebuah Honda Jazz (biru) yang sedang berlumba telah melanggar kereta keluarga ini sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tercampak keluar dari kereta.

Rakaman semasa kejadian berlaku ini berjaya dirakamkan oleh sebuah dashcam kereta lain yang memaparkan kanak-kanak tersebut terpelanting.

Apa yang paling memeranjatkan buat semua orang adalah kanak-kanak itu tidak dilanggar oleh kenderaan lain kerana sempat berhenti. 

Bukan itu sahaja, ramai orang yang turut berhenti dan memberi bantuan kepada kanak-kanak tersebut.


Namun ada antara netizen yang mempersoalkan tahun rakaman itu, dan ia adalah kesalahan teknikal kerana pemilik kereta tidak menetapkan tetapan yang betul. 

Menurut pengguna Facebook itu lagi, suspek telah berjaya ditahan menerusi perkongsiannya pagi tadi Selasa, 11 Februari 2020. 

Kini, kanak-kanak tersebut sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Semoga kejadian ini memberi peringatan kepada ibu bapa yang memandu bersama-sama anak-anak agar sentiasa waspada mengenai keselamatan mereka.

Ini termasuk menggunakan tali pinggang keselamatan, walaupun duduk di bahagian belakang serta pintu-pintu kereta ditutup serta dikunci dengan kemas. - KitaReporters.com

Gambar rakaman video yang menunjukkan kanak-kanak tercampak dari kereta selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain yang sedang berlumba.


Kanak-kanak yang tercampak dari kereta dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana mengalami kecederaan pada bahagian muka. 

1
1
3
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago