APABILA disebut nama Ainul Rokhimah, tentu ramai yang kurang mengenali siapa tokoh yang dibincangkan. Tetapi apabila disebut nama komersialnya Inul Daratista, 40, orang ramai pasti mengenalinya sebagai penyanyi dangdut terkenal dan goyangnya yang dinamakan ‘goyang ngebor’ akan terus dikenang dan lagu fenomenanya ‘Goyang Inul’ sejak tahun 2003 akan pasti terus diingat. : KitaReporters.com

Setelah menempuh pelbagai liku kelam dalam kehidupan mudanya, wanita kelahiran Pasuruan, Jawa Timur pada 21 Januari 1979 ini kini berjaya membuktikan muzik dangdut berjaya mengubahkan kehidupannya.
Selain berjaya sebagai antara penyanyi dangdut paling popular dan menerima bayaran paling mahal, Inul juga membuktikan pendapatan dari kerjaya seni dangdutnya berjaya mendatangkan hasil lumayan.
Dengan sumber pendapatan sebagai penyanyi dangdut Inul berjaya memiliki sejumlah harta berbentuk rumah, kenderaan mewah dan pelbagai hartanah.
Hasil duit dangdut juga membolehkannya menjalankan pelbagai peniagaan bermula dengan perniagaan karaoke dikenali sebagai Inul Vista, yang kini punya banyak cawangan di seluruh Indonesia.

Dia turut terlibat dalam perniagaan lain termasuk bidang makanan dan jualan barangan kemas serta alat solek.
Kejayaan Inul sebagai penyanyi dangdut banyak dibantu oleh suaminya Adam Suseno.
Sebelum berkahwin, Inul mengembangkan kebolehan nyanyiannya dengan berhijrah ke pulau Batam, tetapi tawaran menyanyi di Batam itu rupanya ‘penipuan’ di mana Inul yang masih remaja itu sebenarnya hendak dijual untuk tujuan tidak bermoral.
Namun mujur Inul dapat melarikan diri dari tempat dia ditempatkan dan kembali ke pulau Jawa dengan kapal.

Kembali ke kampungnya di Pasuruan, Jawa Timur, Inul dan Adam Susino terus bernikah ketika kewangan tidak mengizinkan dan kurang mendapat restu keluarga.
Bagi memperkembangkan kariernya sebagai penyanyi dangdut, Inul dan Adam berhijrah ke Jakarta seperti ‘orang kampung masuk bandar’.
Ketika itu Inul baru berusia 16 tahun sementara Adam Suseno berusia 29 tahun. Mereka berkahwin pada 29 Mei 1999.
Adam Susino membantu Inul sebagai pengurus dan menyanyi dari pentas ke pentas dari harga persenbahan hanya ratusan ribu rupiah kepada jutaan rupiah.
Penyanyi senior, Titiek Puspa adalah insan seni yang membantu Inul menjadi penyanyi berjaya dan dijadikan sebagai ibu angkatnya.

Inul asalnya merupakan penyanyi pop yang cuba beralih ke muzik dangdut.
Bagi menghadapi saingan yang sengit, Inul dengan bantuan suaminya Adam mencipta satu goyangan yang dikenali sebagai ‘goyang ngebor’.
Dan lagu “Goyang Inul’ pada tahun 2003 yang dicipta dengan melodi menarik, lirik menawan dan goyangan ngebornya membuat nama Inul melonjak naik dan terus berada di barisan penyanyi dangdut paling laris dan berpendapatan tinggi
Kemunculan Inul dalam persada dangdut Indonesia dengan goyangan beraninya menyebabkan ada sejumlah insan dangdut senior kurang merestui kehadirannya termasuk Raja Dangdut Rhoma Irama.
Namun sambungan kurang senang golongan senior telah menguatkan Inul untuk terus meniti kejayaan.
Menyedari pernah hidup susah, Inul menyimpan impian untuk berjaya hidup mewah.

Impiannya tercipta satu persatu. Dia bermula dengan perniagaan karaoke yang berkembang di seluruh Indonesia.
Dia memperkembangkan perniagaannya dengan terlibat dalam perniagaan permata, makanan dan alat solek serta ingin mencuba perniagaan lain.
Dari anak kurang berada di mana ayahnya, Abdullah Aman cuma seorang tukang jahit dan ibunya Ratia cuma suri rumah tangga, wanita ketika di kampung dipanggil Ainur, kini mempunyai perniagaan dengan aset bernilai R125 bilion atau kira-kira RM375 juta.
Walaupun sudah hidup mewah, namun Inul tetap merendah diri dan banyak memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Dia memiliki dua rumah mewah di kawasan elit Pondok Indah, Jakarta dengan perabot mewah termasuk mempunyai lif dalam rumah.
Malah rumah ibu bapanya di kampung juga direnovasi dan memiliki tandas mewah. Dia juga memiliki sejumlah kereta mewah.
Inul masih menyanyi tetapi tidak sekerap dahulu. Dia kini hanya muncul dalam majlis–majlis tertentu yang memberi bayaran lumayan.
Kerana pengalaman luasnya dalam muzik dangdut, Inul Daratista menjadi juri tetap bagi pertandingan dangdut di stesen TV Indosiar sejak lima tahun lalu.
Walaupun sudah berusia, Inul kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya 40 tahun. Ini kerana dia menjaga penampilan dari segi berfesyen dan senaman dan yoga menjadi amalan hariannya.

Pada masa kini, perniagaan Inul diurus oleh suaminya Adam Suseno yang bermisai tebal. Dia dalam persiapan mewariskan harta dan empayar perniagaannya kepada anak tunggal kesayangannya Yusuf Ivander Damaves atau disapa Ivan.
Apapun Inul kini puas apabila penyanyi dan muzik dangdut bukan murahan. Dia berjaya membuktikan muzik dangdut berjaya menghidupkan dirinya sekeluarga dengan selesa.
Proses mendapatkan Ivan bukan mudah. Setelah tujuh tahun berkahwin Inul terpaksa menjalankan proses bayi tabung dan Ivan dilahir melalui pembedahan caesar pada 19 Mei 2009.
Ivan kini menjadi anak kesayangannya dengan diberi kehidupan mewah, namun tetap berpesan tidak riak dan berbahagi kehidupan mewah dengan pihak yang memerlukan.
Salah sebuah rumah mewahnya di Pondok Indah sudah diletak atas nama Ivan sementara Inul dan Adam bercadang menghabiskan hari tua di rumah yang didiami sekarang. Kebetulan kedua-dua rumah itu berdekatan.
Yusuf Ivander Damares, anak Inul Daratista bakal jadi pewaris kerajaan bisnis dan harta kedua orang tuanya.
Inul Daratista akan mewariskan kekayaan dan kerajaan bisnesnya kepada Ivan setelah berusia 17 tahun dan mampu bertanggungjawab.
Selain terlibat dalam beberapa perniagaan, Inul turut menjadi brand ambassador kepada beberapa produk terkenal di Indonesia.
Dia bahkan memiliki pejabat mewah dan mengaku bekerja keras hingga mendapatkan kesuksesan seperti ketika ini. Pejabat tempat Inul bekerja pernah dimuat naik dalam laman Instagramnya.
Yang penting perlu bekerja keras, cekal dan punya prinsip. - KitaReporters.com
