Pesona 07 Feb, 2020

NAK DUIT? SELALU SEBUT "SAYA CINTAKAN DUIT"!!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
INGAT lagi kisah Datuk Seri Vida yang duduk dalam kolah mandi (bathtub) yang dipenuhi dengan helaian duit dan permata, intan berlian seerta tubuhnya yang tak ada tempat yang tidak disaluti barang-barang kemas berharga  jutaan ringgit. : KitaReporter.com

Duit ni ada 'tenaga' kita kena seru auranya. - Foto Instagram DatoVida


Kita pun siaplah kutuk segala bagai dia sebagai perempuan berlagak, sombong dan bongkak. Tayang segala harta benda sampai ramai jemu dan muak. 

Lihat saja gambar Datuk Vida dengan kekayaannya, kita akan mengecam dengan macam-macam umpatan.

Malah ada pula yang sanggup samakan Datuk Vida dengan wanita yang biasa dilihat dalam masyarakat hari ini, dari yang mata duitan, wanita teman sosial, pelacur sehingga yang punya cita rasa tinggi dan sanggup kejar Tan Sri, Satuk dan lelaki kocek tebal, semata-mata untuk dijadikan teman hidup.

Tak kira suami orang atau lelaki tak kacak sekali pun, ada wanita sanggup pula tawarkan diri menjadi gundik atau isteri yang kedua dan seterusnya, asalkan dapat hidup atas hamparan duit.


Sebenarnya kita sudah silap congak sikap Dato Seri Vida, kata pakar motivasi, Datuk Dr Azizan Osman

Ini jika ditelek daripada perspektif motivasi, Datuk Seri Vida sebenarnya contoh terbaik wanita yang mahu menggalakkan masyarakat mengubah persepsi tentang duit. 

Selama ini orang kerap kaitkan duit dengan isu 'jahat'. 

Duit merosakkan suami untuk menyimpan gundik, wanita membazir tika beli-belah dan duit juga menyebabkan adik beradik berpecah serta timbul cemburu buta. Anak bunuh ibu bapa kerana duit untuk beli dadah.

Sebenarnya ikutan fitrahnya, duit bukannya 'jahat' kerana duit atau wang itu sebenar lebih berfungsi sebagai 'alat' mencapai matlamat khususnya ke arah kebajikan dengan bersedekah kerana Allah SWT.

Dalam program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH2020) yang pertama tahun ini, lebih 12,000 peniaga terutama anak muda, diajar cara  'menjemput' rezeki menggunakan teknik 'magnet jana duit', dengan membangkitkan 'tenaga dalaman diri' bagi 'menjinakkan' wang untuk memperolehi limpahan rezeki.

"Setiap hari kita mesti sebut saya cintakan duit, sayangkan duit, mahu duit banyak sebagai satu teknik menarik aura duit 'datang'. Ingat, setiap benda di dunia ini memiliki 'tenaganya' tersendiri. Duit pergi pada tenaga yang tinggi.

"Pernah dengar ada orang yang cakap jangan bercerita pada orang lain jika kita hendak jual kereta. Nanti tengoklah apa yang jadi pada kenderaan ini," katanya.

Dr Azizan kemudian meminta peserta pejam mata. Ketika itu suasana senyap sunyi, dalam gelap, saya melihat sukarelawan menolak tong yang penuh dengan duit kertas fotostat bernilai $1 juta sekeping dan sebaik kami diminta buka mata, suara jeritan orang sorak gembira memenuhi dewan. 

Dewan 'dibom dengan duit kertas' yang dilambungkan ke atas kepala kami. Peserta 'mandi' duit pada program tiga hari itu.  

Sorak gemuruh dengan gaya kanak-kanak, peserta melompat menyambut helaian kertas-kertas dengan nilai RM1 juta dolar Amerika menghujani kepala. 

Latihan itu simbolik kepada peserta cara merasai nikmat bila berterbangan wang 'datang' dan melimpah  ruah apabila kena caranya, menarik aura duit kepada mereka.


Dalam seminar tiga hari berlangsung pada 25 hingga 28 Januari 2020, di Setia Convention Centre Shah Alam, ia berteraskan kesihatan, kekayaan dan cinta pada Allah SWT.

"Semua perkara bermula dengan impian. Ia dijanakan dengan gerakan berfikir, perbuatan sehinggalah menghasilkan keputusan. 

"Semua itu boleh dibangkitkan dengan kuasa dalaman diri kita atau power of energy," katanya.

Beliau membangkitkan keadaan peniaga yang lebih suka berada di zon selesa apabila kewangan sudah kukuh dan enggan terus 'meletupkan' tenaga dalaman untuk menjadi manusia luar biasa. 

Memilih untuk menjadi biasa seumpama haiwan di hutan seperti kera pun boleh hidup macam manusia biasa.

"Soalnya bila?" tanya Dr Azizan, "sekarang? atau selama-lamanya tidak?"



Dalam cermahnya yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 malam itu, majlis diselangselikan dengan laungan dan pekikan penonton. 

Malah penonton yang diasingkan lelaki dan perempuan bebas berdiri di atas kerusi, menari-nari untuk mewujudkan tenaga positif. 

Semua pulang berpuas hati kerana seminar itu asasnya untuk mengeluarkan semua sikap, aura positif dan menjadi `orang baru`.

Datuk Azizan berkata minda (otak) manusia ini macam getah. Ia boleh mengembang dan bila sudah berubah saiz itu, otak tak akan kembali ke bentuk asalnya. 

Mengembangkan minda juga mempunyai tatacara tersendiri.

Duit, kata Datuk Azizan, bukan satu matlamat akhir dalam hidup kerana dengan sumber kewangan yang banyak, peniaga boleh menderma, membina sekolah pondok, membantu orang miskin dan lebih banyak memberi, Allah akan membalaskan sedekah itu berlipat kali ganda.

Begitu juga telefon bimbit, baik buruknya adalah pada kita yang menggunakannya. 

Yang utama kita hendaklah memastikan kolam jiwa kita sentiasa bersih. Air yang bertakung di dalam kolam itu tidak memberikan apa makna malah menghimpunkan lebih banyak penyakit.

Kolam jiwa kita adalah hati. Bayangkan hati kita seperti air yang sentiasa mengalir keluar dan memberi manfaat kepada orang lain. 

Takungan air juga bersih dan yang masuk pun mengalir dengan laju.

Yang mustahak dalam apa juga kerja mesti niat kerana Allah. 

Dia telah banyak memberi kehidupan fizikal dan batin kepada kita, mana mungkin kita mengenepi pencipta dan pemberi rezeki pada seluruh makhluknya. - KitaReporters.com

1
1
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago