Pesona 20 Jan, 2020

CINTA BERTAUT KETIKA GUNUNG BERAPI MELETUP

@khairunnisa sulaiman
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai wartawan di majalah MASSA, Mastika, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

Share this

"KALAU dah jodoh tak ke mana." Mungkin ini pepatah yang sesuai bagi pasangan pengantin Chino dan Kat Valtor di Filipina. Mereka berkahwin ketika Gunung Taal diramal akan meletup. : KitaReporters.com

Pasangan Chino dan Kat Valtor semasa majlis perkahwinan mereka berlatar belakang letupan Gunung Taal. - Gambar Randolf Evan. 


Kira-kira seminggu lalu, pasangan ini tetap mahu melafazkan ikrar perkahwinan mereka, walaupun mendapat amaran Gunung Taal, salah satu gunung berapi paling aktif di sana diramal meletup.

Pasangan ini tidak mahu menangguhkan perkahwinan, tetapi mengambil langkah berhati-hati dengan memantau dan mengemas kini setiap masa maklumat mengenai aktiviti gunung berapi tersebut secara dalam talian.

Apa yang lebih menakjubkan, tarikh 12 Januari 2020 itu bakal mencatat sejarah apabila jurugambar perkahwinan Randolf Evan bukan sahaja merakam kenangan manis pasangan pengantin, tetapi juga letupan yang berlaku semasa pasangan pengantin melafazkan perkataan ‘I do’.

Detik-detik Gunung Berapi Taal meletup sebagai latar belakang perkahwinan yang mungkin tidak dapat dirakamkan lagi selepas ini.  


Lokasi majlis hanya kira-kira 16 kilometer dari Gunung Taal, malah seminggu sebelumnya, gunung tersebut telah mula mengeluarkan asap menyebabkan kira-kira 8,000 penduduk dipindahkan dan amaran dikeluarkan.

Randolf yang merakamkan momen indah pasangan pengantin sebenarnya bimbang jika aktiviti gunung berapi akan menghalang majlis berkenaan.

“Kami semua bimbang dan risau sehinggakan kami sentiasa memantau media sosial mengenai apa-apa laporan terkini mengenai gunung berapi berkenaan,” katanya sebagai dipetik oleh CNN.

Malah mereka semua sedar mengenai amaran dan bahaya yang diumumkan secara langsung dan telah berbincang mengenai rancangan lain jika perkara buruk berlaku.

Lokasi majlis perkahwinan Chino dan Kat hanya lebih kurang 16 kilometer dari Gunung Taal. - Gambar Randolf Evan. 


Randolf bukan sahaja dapat merakamkan peristiwa bersejarah pasangan berkenaan, tetapi juga detik-detik gunung berapi Taal meletup sebagai latar belakang yang mungkin tidak dapat dirakamkan lagi selepas ini. - KitaReporters.com

 

1
1
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago