Pesona 26 Nov, 2019

BENDERA 'BINTANG 5': SAM NAK TINDAKAN KERAS

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
PERSATUAN Bola Keranjang Malaysia (MABA) harus dikenakan tindakan tegas. Jika alasan MABA bahawa kesilapan itu daripada kontraktor yang mengendali unit penyiaran pada kejohanan itu, maka mereka perlu memikul tanggungjawab sambil membantu mendapatkan siapakah `dalang’ di sebalik `kesilapan’ itu. : KitaReporters.com

Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann (kiri) dan Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie.


Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie berkata, "bukanlah sukar untuk mencari siapa yang melakukannya. Ia hanyalah seorang atau dua orang sahaja yang mengendalikan sistem untuk paparan TV di stadium ketika majlis itu. 

"Lebih mudah, siapa pereka grafik yang mengubah bintang 14 dalam bendera Malaysia itu kepada `bintang 5’? Inilah `pengkhianat’ yang perlu diambil tindakan."

Jasni berkata demikian dalam posting terbaharu dalam akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/jasni.shafie) pada hari ini (26/11/2019) sebagai reaksi terhadap insiden pemaparan sebuah video yang menunjukkan bendera Jalur Gemilang mempunyai bintang pecah lima dan bukan pecah 14 seperti lazim, yang menjadi simbol rasmi bulan bintang pada bendera Malaysia.

Penyiaran video tersebut menjadi tular dan dikecam hebat oleh warganet. Selain kesalahan ketara pada bintang, jumlah jalur merah putih pada bendera tersebut juga silap kerana hanya ada 10 jalur merah putih dan bukan 14 seperti yang sepatutnya.

Menurut Jasni, isu paparan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima itu ketika lagu Negaraku dimainkan pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang MABA semalam (25/22/2019) bukanlah suatu isu yang boleh ditutup dengan semudah meminta maaf atau `terkhilaf’.

"Ini soal maruah dan kedaulatan negara. Pertandingan atau kejohanan sukan perlu menjadi jambatan memupuk perpaduan rakyat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita, bukannya cuba menjadikan ia gelanggang untuk mempermainkan kedaulatan negara serta keharmonian kehidupan kita selama ini," tegasnya.

Sejak sekian lama, katanya, sukan telah menjadi lambang penyatuan rakyat tanpa batasan agama, bangsa, umur dan ideologi politik. 

"Wartawan sukan antara yang menyumbang ke arah keharmonian ini melalui laporan dan tulisan untuk membangkitkan semangat Malaysia. 

"Amat sedih kerana kita baharu sahaja melihat penyatuan rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada minggu lalu dan sekarang pula kita sedang menyatukan sokongan untuk kontinjen negara di Sukan SEA Filipina," tambahnya.

Jasni berkata, bukanlah sukar untuk mencari 'pengkhianat' yang menjadi`dalang’ di sebalik `kesilapan’ itu.

Tegasnya, "ia hanyalah seorang atau dua orang sahaja yang mengendalikan sistem untuk paparan TV di stadium ketika majlis itu. Lebih mudah, siapa pereka grafik yang mengubah bintang 14 dalam bendera Malaysia itu kepada `Bintang 5’? Inilah `pengkhianat’ yang perlu diambil tindakan."

Kesalahan berkaitan isu bendera tidak dinyatakan dengan nyata dalam Akta Pesuruhjaya Sukan dan tiada peruntukan di bawah akta ini berhubung isu berkenaan. 

Namun, menurut Jasni, Kementerian Belia dan Sukan melalui Pesuruhjaya Sukan harus mengambil tindakan keras agar sukan tidak akan dicemari dengan unsur-unsur negatif seperti ini.

"Mohon pihak PDRM bertindak tegas dan pantas dan jangan ada lagi campur tangan dan tangan ghaib yang mengganggu urusan siasatan polis. 

"Ini soal maruah negara. Kita tidak boleh lagi menerima alasan `maafkan kami, kesilapan teknikal’….," tegas Presiden SAM itu. - KitaReporters.com

 

 

 

 

0
0
3
1
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago