Pesona 02 Feb, 2020

ISTIQAMAH! 2 KALI NIAT PELUK ISLAM TERHALANG

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this
GEMA selawat yang memuji keperibadian mulia Nabi Muhammad S.A.W. bagaikan suara keramat dan menusuk kalbu seorang kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh tahun yang ketika itu masih dalam fahaman agama nenek moyang mereka. : KitaReporters.com

Nur Liana Lim Abdullah mahu memeluk Islam ketika berumur 17 tahun tapi dihalang oleh keluarga. 


Suara syahdu daripada rakan-rakan sekolah yang beragama Islam berzanji menjunjung sifat mulia baginda Nabi menyebabkan anak gadis dengan nama timangan “Me”  ini semakin ingin mendekati ajaran islam.

Nur Liana Lim Abdullah, 49 , berasal dari Selangor, ketika berumur 17 tahun hati kecil remaja ini seolah-olah dibisik suara halus yang mengambarkan betapa indahnya islam.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan mesra “Me” kemudiannya  meluahkan keinginan untuk memeluk agama Islam pada usia muda itu.

Bagaimananapun, niat suci anak sulong daripada empat adik-beradik ini ditolak oleh keluarganya .

Memandangkan hatinya terpaut dengan ajaran Islam beliau terus bersemangat meluahkan isi hati ketika berumur 20-an untuk meninggalkan ajaran nenek moyangnya itu,

Bagaimanapun, sekali lagi hasrat suci itu tidak menjadi kenyataan.

Ketika ditemui pada satu majlis ilmu di Kuala Terengganu, dia berkata, bimbang dengan perubahan dirinya yang begitu cenderung dengan ajaran Islam, keluarga mula mengambil langkah mengasingkannya daripada masyarakat sekeliling.

Dia ditempatkan di sebuah rumah ibadat agama asalnya yang terletak di sebuah negara jiran selama dua tahun. 

Seterusnya ketika berumur 21 tahun tanpa kerelaan dirinya, keluarga mengatur perkahwinan dengan seorang pemuda.

Selang beberapa tahun mendirikan rumah tangga, suaminya meninggal dunia.

Hasil perkongsian hidup itu mereka mempunyai dua orang anak lelaki yang pada ketika itu masing-masing berumur lapan tahun dan lapan bulan.

Ketika mahu memeluk Islam, Nur Liana Lim dilarang membawa bersama dua anaknya.


Tindakan sedemikian dilakukan dengan harapan untuk melunturkan semangatnya untuk memilih Islam, namun ternyata  kecintaan kepada Islam tidak pernah padam.

Akan tetapi, keluarganya meletakkan empat syarat yang mungkin sukar diterima oleh orang lain.

Pertama: beliau tidak boleh membawa anak-anaknya, kedua hubungan dengan keluarga putus, ketiga segala harta dan kemudahan perlu diserahkan, dan terakhir dia tidak boleh lagi tinggal bersama.

Akhirnya “Me” nekad untuk memeluk agama Islam lalu dengan bantuan guru agama, dia melafazkan kalimah syahadah ketika berusia 31 tahun dengan nama Islamnya, Nur Liana Lim Abdullah.

Dalam tempuh lima tahun, beliau dihimpit kesusahan dan penderitaan tidak boleh berjumpa anak-anaknya.

Namun beliau tidak putus asa dan terus berdoa moga Allah mengabulkan impian untuk hidup bersama anak-anak tercinta.

Nur Liana Lim tidak putus berdoa dan melakukan solat hajat serta membaca al quran memohon agar Allah memanjang hayat anaknya agar sempat melafazkan kalimah syahadah. 


Ketika anaknya nazak diserang penyakit kronik dan pada saat kritikal itulah keluarganya terpaksa menyerahkan semula hak penjagaan kepadanya.

Doktor memberitahu tahap kesihatan anak kesayangannya itu begitu kritikal.

Sepanjang di hospital, beliau tidak putus berdoa dan melakukan solat hajat serta membaca al quran memohon agar Allah memanjang hayat anaknya agar sempat melafazkan kalimah syahadah.

Pun begitu beliau reha dan pasrah dengan suratan takdir.

“Mama jika saya sembuh saya nak pelajari apa ilmu Islam. Dia kata, saya nak mati. Masa itu, saya betul-betul berdoa supaya anak saya sembuh supaya dapat memeluk agama Islam,” katanya.

Katanya, Allah telah memberi hidayah yang cukup indah dan berkat doa ibu yang terseksa, alhamdulillah anak akhirnya sembuh dan masuk wad biasa selama enam bulan.

Kekuatan semangat diiringi dengan doa yang tulus ke hadrat Illahi antara rahsia beliau berjaya menghadapi saat getir itu dan kemudianya mengembalikan rasa syukur dan terima kasih itu kepada Illahi dengan menabur bakti kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Nur Liana Lim mahu mengembalikan rasa syukur dan terima kasih itu kepada Illahi dengan menabur bakti kepada pelbagai masyarakat. 


Bermula menerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti SMK Cukai Kemaman, beliau aktif berkongsi motivasi dengan pelajar.

Untuk itu, juga beliau memilih Terengganu bagi anaknya melanjutkan pelajaran.

Pemilihan itu dikaitkan dengan resepi kemenjadian murid di negeri ini yang menekankan penghayatan agama islam secara konsisten.     

Hati juga tertarik dengan pengajian tahfiz di Terengganu turut mendorong anaknya menimba ilmu agama di negeri penyu menangis ini.

Kredit foto http://sksodungun.blogspot.com/


Kisah perjalanan hidup Nur Liana yang menyentuh perasaan seorang mualaf dan seorang ibu tunggal mengharungi ujian dan dugaan hidup selepas melafazkan kalimah syahadah menyebabkan banyak pihak menjadikan dia sebagai model dalam program pendidikan di sekolah-sekolah.

Nur Liana kini yang kini aktif dalam pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) diberi peluang untuk menyampaikan ceramah motivasi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar dan guru.

Malah pada peringkat kebangsaan beliau turut dijadikan icon Kementerian Pendidikan untuk menyampaikan ceramah kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dalam membentuk minda pemimpin persatuan itu

Beliau juga seorang ahli komunikasi profesional berkemahiran tinggi dalam pembangunan, perancangan dan penyampaian semua program komunikasi dalaman dan luaran termasuk membabitkan diri dengan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti.

Manakala antara pembabitan beliau dalam NGO termasuklah sebagai Penasihat Persatuan Sokongan Kanser negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan, Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan serta aktif dalam seni dan budaya. - KitaReporters.com

Kredit foto http://sksodungun.blogspot.com/

0
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago