BAYANGKAN apakah perasaan anda jika usia masih 15 tahun, namun wajah seperti seorang nenek yang sudah berusia atas 70 tahun. : KitaReporters.com
Tekanan perasaan semakin menjadi-jadi apabila orang-orang sekeliling mulai menjauh termasuk rakan-rakan di sekolah hingga menyebabkan dia berhenti sekolah serta kehilangan peluang untuk mempunyai teman lelaki.
Perkara inilah yang dialami seorang gadis di China yang bernama Xiao Feng.
Penyakit yang dialami Xiao Feng dianggap sebagai ganjil dan ibunya pernah mengalami penyakit yang hampir sama.
Namun nasib Xiao Feng berubah apabila kisahnya menjadi tular dan kini keadaannya semakin pulih dan baik.
Sejak kisahnya tular banyak pihak membuat sumbangan bagi membantu kos operasi melakukan pembedahan plastik.
Memetik laporan Daily Star, jumlah wang terkumpul mencapai 20,000 pound sterling (kira-kira RM106,000).
Xiao Feng berhatap untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengembalikan wajahnya sebagai seorang gadis normal, kata Daily Star.
Pembedahan dilakukan pada Disember 2019 di Hospital Bedah Plastik Sunline Shenyang, China.
Pembedahan berjalan selama 7 jam melibatkan 10 pakar.
Menurut doktor, gadis itu mengalami penyakit bernama Progeria yang menyebab kulit dan organ dalam menua sebelum waktunya. Dan pesakit mempunyai peluang hidup lebih pendek.
Pakar bedah memotong kulit tambahan sebanyak 7cm, kemudian membentuk hidung, kening dan mulut.
Hasilnya cukup membanggakan, bukan sahaja kepada Xiao Peng, malah 10 doktor pakar itu.
Para doktor pakar kemudian membuat sidang media hasil kejayaan luar biasa itu di kota Shenyang, wilayah Liaoning, China.
Ayahnya, Wang Hongde terharu dengan perubahan drastik Xiao Feng yang kini menjadi gadis jelita, bukan lagi berwajah nenek-nenek. Ia adalah hadiah Tahun Baharu Cina bagi Xiao Peng.
Xiao Peng masih tinggal di hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut pakar dan dijangka keluar menjelang Tahun Baharu Cina. - KitaReporters.com