Pesona 03 Feb, 2020

[VIDEO] LAGI-LAGI PEMANDU MABUK.. MAMPUS!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

WALAUPUN anda memandu secara berhemah dan menggunakan tali pinggang keselamatan di dalam kereta, kemalangan tetap akan berlaku jika ada pemandu yang memandu dalam keadaan membahayakan seperti mabuk. : KitaReporters.com


Kes kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk kini mencatatkan peningkatan di Malaysia sehingga menyebabkan rakyat Malaysia melancarkan satu petisyen mengharamkan penjualan arak.

Baru-baru ini tular satu lagi kes melibatkan pemandu mabuk. Kali ini pemandu mabuk melanggar ahli keluarga anggota bomba. 

Video ini kini tular dalam media sosial memaparkan ahli bomba tersebut memarahi orang mabuk itu kerana merempuh kereta ahli keluarganya.

Semasa kejadian tegang, dia berjaya dikawal oleh orang awam yang turut membantu. 

Apa yang paling menyedihkan, seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak mangsa dilihat menangis memanggil ibunya yang mengalami kecederaan di dalam kereta tersebut. 


Dilihat kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, tetapi pasti meninggalkan trauma yang lama. 

Rata-rata netizen yang melihat video ini memohon agar hukuman berat dikenakan kepada pemandu mabuk di luar sana kerana jumlah kemalangan semakin meningkat.

Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang 3 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda sebanyak RM8,000 hingga RM20,000. - KitaReporters.com


0
0
2
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 2 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 2 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 2 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 2 years ago