Pesona 30 Dec, 2019

TERBAIKLAH TUANKU!! CIAPAN JAWI JADI IKUTAN

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
Usaha Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memperkasakan tulisan jawi tidak seharusnya dipandang enteng. Malah, usaha murni Raja Permaisuri Agong untuk menggunakan tulisan jawi dalam ciapan Tuanku dalam Twitter nampaknya jadi ikutan dan kebanggaan. : KitaReporters.com

 



Seharusnya rakyat negara ini tanpa mengira kaum berbangga dengan usaha baginda dalam memartabatkan seni warisan bangsa itu. 

Menggunakan platform media sosial menerusi Twitter peribadi baginda, usaha Tunku Azizah terus mendapat sokongan warganet tanpa mengira kaum. 

"Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam Twitter, memperkasakan tulisan jawi warisan kita." 

Ciapan baginda sebelum berangkat menunaikan umrah pada Sabtu (28/12/2019) lalu terus menarik minat ramai untuk mempelajari tulisan jawi. 


Apa yang mengkagumkan adalah rata-rata pengikut mula menukar papan kekunci di telefon bimbit masing-masing kepada tulisan jawi. 

Malah menurut seorang pengikut Twitter baginda, dia sendiri teruja dan berbangga apabila dirinya masih mampu membaca tulisan jawi yang lama dipraktikkan selepas membaca ciapan Tunku Azizah. 

"Rasa bangga pula baca tweet Raja Permaisuri Agong dalam tulisan jawi. Maknanya saya masih kenal huruf jawi lagi... Alhamdulilah".



Keterujaan masing-masing dalam kalangan warganet sesungguhnya menunjukkan tulisan jawi warisan bangsa itu mempunyai keunikkannya yang tersendiri. 

Seperti titah Tunku Azizah sebelum ini bahawa semua bangsa boleh menguasainya dan tidak hanya pada seseorang Muslim. 

"Menguasai semua bahasa dan tulisan adalah ilmu dan bukan sesuatu yang merugikan," titah baginda. 

Seorang lagi pengikut Twitter baginda meninggalkan komen di ciapan tersebut dengan harapan tulisan jawi terus diaplikasikan dalam semua aspek. 

"Terima kasih banyak-banyak Tuanku kerana menggunakan tulisan jawi. Saya bangga dan harap aplikasikan tulisan jawi kita ini dalam semua aspek." - KitaReporters.com

 

6
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago