Pesona 04 Dec, 2019

NEELOFA TERIMA 'HANTARAN' KASUT RM9,790?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
SEGALANYA bermula apabila selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bertemu dengan pereka fesyen Itali terkemuka, Giuseppe Zanotti ketika muncul pada pertunjukan fesyen koleksi ‘Giuseppi Zanotti Fall Winter 2019’ di Milan awal Februari lalu. : KitaReporters.com


“Saya tidak percaya ekoran pertemuan itu, Giuseppe Zanotti menyuarakan persetujuannya untuk berkolaborasi dengan saya dalam mencipta  kasut untuk saya gunakan label signaturenya,”The Liza” yang merupakan rekaannya yang paling saya minati,” ujar pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ketika ditemui pada majlis pelancaran dua design (rekaan) eksklusif di bawah label ‘The Dazzling Liza for Neelofa’  dan ‘Mirror Liza for Neelofa’ di butik Giuseppi Zanotti di Pavilion KL pada Khamis (28/11/2019) lalu.

Malah wanita berusia 30 tahun ini yang lebih mesra disapa Lofa menganggap kolaborasi bersama pereka fesyen ternama itu sesuatu yang indah dan tidak disangka menjadi realiti.

“Beliau seorang yang mesra dan mudah dibawa berbincang dan saya rasa amat bertuah dapat menjalinkan kolaborasi bersamanya,” tambah Neelofa yang bertemu sekali lagi dengan Giuseppi pada bulan Jun lalu bagi membincangkan dengan lebih terperinci rekaan kasut yang dipersetujui.


Neelofa bersama Giuseppi Zanotti.


Malah tanpa dijanji , pasangan ini bertemu kembali ketika Lofa menghadiri  pertunjukan fesyen ‘Women’s Spring Summer 2020’ di Milan pada bulan September lalu.

Dan kini ‘jodoh pertemuan’ itu diikat dengan 'hantaran' dua pasang kasut rekaan edisi terhad buat Lofa untuk  pasaran Malaysia.

“Kami juga rasa bangga apabila Giuseppi sudi bekerjasama dengan seorang personaliti Asian seperti Neelofa yang bukan sahaja memiliki pesona seorang bintang malah sebagai seorang usahawan berjaya, namanya tersenarai dalam Forbes 30 di bawah 30 di Asia,” sambung Sharan Valiram selaku Pengarah Eksekutif Valiram (kanan).


Valiram adalah rakan runcit jenama Giuseppi Zanotti di Malaysia. Turut bersama Pengarah Komersial Serantaunya, Anne Leung (kiri). 

Pada majlis memperkenalkan dua koleksi eksklusifnya itu, Neelofa (tengah) yang hadir dalam kasut ‘The Dazzling Liza for Neelofa’  turut diraikan oleh rakan-rakan selebritinya seperti antaranya (dari kiri) Nora Danish, Jihan Muse, Azira Shafinaz,  Betty Rahmad  dan personaliti TV, Fiza Sabjahan dan ramai lagi.


‘The Dazzling Liza for Neelofa’ yang dijual pada harga RM9,790 hadir dalam suede biru muda, dilapisi kristal bergemerlapan yang menimbulkan sentuhan feminin, manakala ‘Mirror Liza for Neelofa’  nampak lebih kukuh, dibaluti dengan kulit logam metalik perak/mawar sekali gus menyerlahkan sifat keberanian si pemakainya.



Agaknya figura wanita manalah yang akan membeli dan memakai kasut berharga ribuan ringgit in? Mungkinkah peminat tegarnya atau seorang wanita VIP?

Atau mungkin kah ini permulaan pada rekaan kasut pengantin Lofa sendiri apatah lagi  khabar angin menyatakan Neelofa akan bernikah bertiup kencang.

“Jika benar begitu, kenapa harus saya sorok perkara baik. Entah bagaimanalah boleh timbul desas desus itu sedang empunya tubuh badan sendiri tidak tahu menahu mengenainya. 

"Insya-Allah, jika hari itu sampai saya akan maklumkan,” jawab Neelofa yang berpendapat mungkin dengan usianya yang telah mencapai 30 tahun, netizen menganggap sudah tiba waktunya beliau mendirikan rumah tangga.

Apapun tahniah kepada Neelofa yang merupakan satu-satunya selebriti/usahawan Malaysia yang berjaya mencipta nama bukan sahaja dalam industri seni hiburan bahkan dunia fesyen  antarabangsa. - KitaReporters.com

2
2
0
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago