Pesona 30 Jan, 2020

SYUKUR!! TERIMA KASIH KERANA BAWA KAMI BALIK

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KESEDIAAN kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di republik China umpama ‘nafas baharu’ kepada penduduk di sana khususnya pelajar yang terperangkap di negara tersebut berikutan wabak koronavirus. : KitaReporter.com

BANDAR Wuhan menjadi sunyi sepi berikutan semua hanya berkurung di rumah masing-masing selepas virus koronavirus tersebar. - Foto kiriman Ivan (Astro Awani). 


Kesengsaraan mereka di sana sukar dibendung lagi selepas lebih seminggu ‘terperangkap’ dan hanya berkurung di bilik asrama selepas arahan kuarantin dikuatkuasakan oleh republik berkenaan.

Seorang pelajar Malaysia di Universiti Geoscience China di Wuhan, Ivan Yeo Zhi Yu berkata, dia terpaksa meredah bandar yang dahulunya sesak yang kini bertukar menjadi lenggang semata-mata mendapat bekalan makanan.

Anak kelahiran Bintulu, Sarawak yang dipetik Astro Awani berkata, walaupun ada bekalan makanan dihantar oleh kedutaan Malaysia kepada rakyat yang menetap di sana, namun penghantaran tersebut terhadap dan berdepan beberapa larangan yang ditetapkan buat masa ini.

"Kedutaan Malaysia di China ada hantar bekalan makanan kepada kami. Tapi sistem penghantaran pada ketika ini telah dihentikan.

“Jadi, tiada pilihan lain, saya terpaksa meredah bandar yang dahulunya punyai jutaan penduduk, hanya demi mendapatkan bekalan makanan, iaitu hanya mi segera,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Kongsinya, buat masa ini pelbagai perasaan bersarang di kepalanya memikirkan wabak yang sedang merebak.

SUASANA bandar Wuhan menjadi sunyi selepas perintah berkurung dikuatkuasakan. - Foto kiriman Ima (Harian Metro)


“Perasaan cemas, takut dan khuatir semua ada dalam kepala ini, terutama selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi semula penarafan iaitu tahap tertinggi di China/

"Jadi saya rasa sangat risau dan takut,” ujarnya sambil menyatakan ahli keluarga sering menghubungi setiap masa.

Katanya, buat masa ini, yang terfikir di dalam benar hatinya adalah mahu pulang ke tanah air.

Malah anak muda itu berkata, dia rela dikuarantin di hospital untuk tempoh berminggu-minggu asalkan dapat menjejak kaki semula ke tanah air.

"Saya mahu pihak kerajaan terus memaklumkan kepada kami tentang situasi semasa. Saya harap kerajaan dapat ambil langkah berjaga-jaga terhadap warga China yang ke Malaysia.

"Saya amat berharap kami dapat pulang ke Malaysia dan tinggal di hospital," ujarnya lagi.

PENGHANATARAN makanan daripada luar juga berdepan dengan beberapa larangan yang ditetapkan  oleh kerajaan China bagi mengelakkan penyebaran virus berlaku. - Foto AFP


Ivan merupakan antara 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China dan mereka terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta ahli keluarga mereka.

Pada Rabu, 29 Januari 2020, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan, China.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China.

Tindakan berkenaan dibuat berikutan Jepun juga telah membawa pulang rakyat dengan kebenaran kerajaan china.

"Mereka (rakyat Malaysia) sekarang tidak boleh keluar dari Wuhan tetapi kita ingin runding dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tidak sakit boleh balik ke Malaysia," katanya  yang dipetik Bernama pada sidang media selepas mesyuarat cabinet pada Rabu, 29 Januari 2020. - KitaReporter.com

ANGKA kematian akibat virus koronavirus meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan kerajaan semakin serius menangani masalah berkenaan. - Foto Reuters

5
15
1
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago