Pesona 06 Feb, 2020

LEGENDA FILEM KIRK DOUGLAS MENINGGAL

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Dalam bidang lakonan, nama anaknya Michael Douglas lebih menonjol berbanding mendiang Kirk Douglas. Namun Kirk tetap dianggap salah seorang bintang legenda Hollywood yang tersohor dan disegani dalam kalangan masyarakat dunia hiburan di Hollywood : KitaReporters.com

Kirk Douglas bersama anaknya Michael. - Kredit foto TMZ


Kirk Douglas menghembuskan nafas terakhir pada usia 103 tahun pada Rabu, 5 Februari 2020 waktu California, Amerika Syarikat atau Khamis, 6 Fabruari 2020 waktu Malaysia.

Mendiang mula bergiat dalam lakonan Hollyword sejak tahun 1940-an selepas pencen dari tugas tentera. 

Kematian Kirk yang sudah bertahun-tahun menderita kanser diumumkan oleh Michael Douglas  dalam akaun sosal Instagramnya.

Michael Douglas mengungkapkan kisah hidup ayahnya dan membahagikan potret masa muda mendiang si ayah.

Dalam salah satu foto, Kirk ketika muda menunjukkan senyuman ramahnya ke kamera. 

Setelah mengkhabarkan kepergian si ayah, Michael Douglas pun menuliskan kisah hidup Kirk di matanya.


Antara tulisan Michael Douglas dalam Instagramnya :

“ It is with tremendous sadness that my brothers and I announce that Kirk Douglas left us today at the age of 103.

"To the world he was a legend, an actor from the golden age of movies who lived well into his golden years, a humanitarian whose commitment to justice and the causes he believed in set a standard for all of us to aspire to.

"But to me and my brothers Joel and Peter he was simply Dad, to Catherine, a wonderful father-in-law, to his grandchildren and great grandchild their loving grandfather, and to his wife Anne, a wonderful husband…..”

"Untuk dunia, dia (Kirk Douglas) adalah seorang legenda, aktor dari zaman keemasan filem yang hidup dengan baik sampai masa keemasannya. 

"Seorang humanis yang komited terhadap keadilan dan tujuan yang dia yakin menentukan standard bagi kita semua untuk memiliki harapan," tulis Michael Douglas dalam dimuat naik ke Instagramnya.

Gambar kenangan Kirk Douglas bersama keluarga. - Foto Instagram Mihael Douglas


Meskipun dikenal sebagai pelakon legenda Hollywood, namun Kirk tetap menjalankan peranannya dengan baik sebagai seorang ayah. Perkara itu disampaikan oleh Michael Douglas.

“Tetapi bagi saya dan saudara-saudara saya, Joel dan Peter, dia hanyalah ayah, bagi Catherine, dia ayah mertua yang hebat. Untuk cucu dan cicitnya, dia datuk yang pengasih, dan bagi isterinya Anne, dia seorang suami yang luar biasa," tutup Michael Douglas.

Kirk Douglas dalam filem, Lonely Are The Brave (1962). - Kredit foto Wikipedia


Kirk  Douglas adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam satu kemalangan helikopter pada tahun 1991.

Lima tahun setelah tragedi itu, Kirk mengalami masalah kesihatan dan mengalami strok dan sukar bercakap hingga pernah cuba membunuh diri.

Akan tetapi, pada akhirnya keadaan itu memberikan inspirasi kepada bintang kelahiran Amsterdam ini untuk menceritakan kisah hidupnya melalui buku bertajuk 'My Stroke of Luck'. - KitaReporters.com




0
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago