Pesona 28 Nov, 2019

MI SAYUR HOMEMADE: LEBIH SEDAP, LEBIH TERUJA

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

“Biasanya mi kuning diletakkan bahan pengawet agar tahan lama tetapi lain pula bagi, ibu kepada tiga orang anak, Noraniza Kamsani, 33, yang telah memberi suntikan baharu terhadap pembuatan hidangan tersebut yang bebas pengawet dan hanya menggunakan bahan perisa tambahan lebih sihat seperti sayuran serta tumbuhan herba. : KitaReporters.com

Noraniza tekun memproses mee bayam yang diusahakan di kediamannya di Kuantan, Pahang.


Mi bayam.


Kedengaran seperti janggal namun hasilnya lebih baik, bukan sahaja sedap sekali gus nampak menarik apabila mi kuning ini berwajah baharu. Warnanya lebih meriah.

Menurutnya, idea menghasilkan mi kuning perisa sayur ‘homemade’ pada awalnya sekadar suka-suka kerana berhasrat melatih anak-anak meminati sayur-sayuran.

"Mulanya sentiasa mengeluh. Aduh... susah betul nak suruh anak-anak makan sayur, langsung tak nak ikut ibu dan ayah yang hantu makan sayur.

“Sama seperti kanak-kanak lain, anak saya sangat suka makan hidangan mi tak kira jenis masakan jadi saya berusaha menyediakan mi berasaskan sayur-sayuran. Saya cuba gabung dan olah untuk dapat hasil lebih baik,” katanya kepada KitaReporters.com.

Ketika berkongsi cerita tersebut, Noraniza yang menetap di Taman Indera Sempurna, Kuantan, Pahang berkata, secara asasnya memperoleh ilmu membuat mi di Kolej Komuniti dan secara ‘advance’ secara dalam talian.

Mi bayam (kiri) dan mi lobak (kanan)


“Bila selesai belajar, saya rasakan ia sangat mudah lantas membeli mesin dan mula membuat mi secara serius. Seronok juga.

“Cubaan pertama adalah menghasilkan mi diperbuat daripada sayur bayam... tak sangka mendapat pujian anak-anak dan suami (Muhammad Shahrinnahar Mohd Latif). 

“Saya cuba pula dengan pelbagai jenis masakan... mi yang berbeza warna dan rasa tu membuatkan keluarga saya terus teruja setiap kali dihidangkan sedangkan mereka tak tahu ia diperbuat daripada sayur. Hati makin suka sebab misi saya hampir berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, kisah mi ‘homemade’nya tidak terhenti begitu sahaja memandangkan gambar hidangan mi perisa bayam yang dikongsi dalam laman sosial Facebook akaunnya mendapat ratusan tanda suka.

“Dengan penuh yakin saya membuka pesanan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat dan nampaknya mendapat sambutan serta pujian. Di sini saya dapat bantu mana-mana ibu bapa yang juga inginkan anak makan sayur.

”Mi perisa sayur ini boleh dan sedap dimasak dalam hidangan menu seperti goreng basah, bandung, sup, ladna dan banyak lagi, malah rata-rata ada yang menyatakan lebih sedap daripada mi kuning di pasaran.

Mi Goreng Bayam.


“Untuk membuat mi bayam tak susah pun cuma perlu dipastikan tak semua jenis sayur itu boleh diproses, hanya pilih daun hijau yang lebih lebar baharulah warna dan rasa mi bayam lebih elok. Tepung dan sukatan air digunakan juga berbeza mengikut jenis tepung tapi kalau sentiasa mencuba sekejap je dah boleh mahir,” katanya lagi.

Sementara itu, tambahnya, dia tidak menyangka mi bayamnya mendapat sambutan menggalakkan hinggakan tidak sempat membuat simpanan stok.

“Sekarang saya mula menambah produksi dengan pembuatan mi menggunakan lobak, labu dan bunga telang. Bahan-banan ini mudah dicari jadi mudah juga untuk saya hasilkannya.

Mi bunga telang.


Mi Sup Bunga Telang.


“Cubaan ini juga tak menghampakan... Tambah teruja kerana dapat menikmati hidangan mi pelbagai warna dengan perisa asli. Ada juga memberi komen selain rasa yang sedap, mereka memilih pembuatan mi yang bersih.

“Memandangkan saya semakin serius dengan pembuatan mi ini, kini saya dan suami dalam proses belajar cara untuk mengeringkan produk kami bagi membolehkan pelanggan dari luar daerah atau negara mendapatkannya,” katanya yang sudah mempunyai dua mesin membuat mi. - KitaReporters.com

Pelbagai mi yang diolah menjadi mi lobak, bunga telang, bayam dan labu dengan warna yang mengujakan.


Noraniza Kamsani dan mi-mi 'homemade'nya yang diperbuat daripada sayur-sayuran. 

28
6
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago