SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di China mempunyai penyakit ganjil dengan memiliki kondisi darah ganjil yang disebut sebagai 'penyakit Drakula'. Dia menghadapi kehidupannya dengan ketakutan jika terkena paparan sinar matahari. : KitaReporters.com
Kondisinya memburuk tahun ini, dan dia mulai mengeluarkan darah dari mulut, mata, dan hidungnya.
Ibu kanak-kanak itu, Tang Guiju telah membuat permohonan untuk bantuan setelah Xiao sakit serius.
Xiao Luo dan keluarganya tinggal di kota Panzhihua di Wilayah Sichuan, barat daya China.
Xiao Luo semakin parah dan perlu menjalani rawatan di hospital. - Foto Red Star News
Menurut laporan itu, kesihatan Xiao Luo memburuk pada Jun lalu.
Dia kini mengalami sakit perut parah dan darah keluar dari hidung terus-menerus. Kadang-kadang darah juga keluar dari mata dan mulutnya.
Dia terpaksa berhenti sekolah dan dirawat di hospital.
Xiao Lun menjalani rawatan di hospital. - Foto Red Star New.
Porphyrias, ialah sekumpulan lapan kelainan darah yang diketahui, memengaruhi enjin molekul tubuh untuk membuat ‘heme’, yang merupakan komponen protein pengangkut oksigen, hemoglobin.
Tidak jelas seberapa ramai yang mempunyai porfiria, tetapi angka menunjukkan bahawa hingga satu dari 50.000 orang menghidapi gangguan ini.
"Kondisi Xiao Luo semakin parah. Hatinya telah rosak dan paru-parunya juga terinfeksi. Dia telah menjalani beberapa transfusi darah sebagai rawatan."
Tang Guiju mengatakan bahawa dia telah menghabiskan sekitar RM50,000 untuk merawat Xiao Luo sejak Jun lalu dan perlu membayar RM1,000 setiap hari untuk rawatan.
"Tetapi aku tidak pernah berfikir untuk menyerah," katanya. - KitaReporters.com