Pesona 22 Dec, 2019

ACAP BALIKLAH, DAH LAMA MAK TUNGGU KAU DIK!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
SEMBILAN bulan telah berlalu, namun pencarian ke atas Mohammad Ashraf Hassan atau Acap masih menemui jalan buntu. Di mana kau Acap?? : KitaReporters.com

Gambar kenangan Acap (tengah, depan) bersama keluarganya.


Walau pelbagai usaha dilakukan termasuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional, tiada sebarang jejak mahupun tanda yang dapat merungkai kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu. 

Dalam hal ini, individu yang terkesan sudah pastilah ibu Acap, Siti Maznah Khamis, 58, yang sehingga kini masih berharap anaknya itu muncul kembali dalam keadaan sihat. 

Menurut abang Acap, Mohd. Zahiruddin, 35, ibu mereka sentiasa menunggu adiknya itu dan percaya dia akan kembali semula ke pangkuan keluarga. 

"Mak macam itulah, tunggu anak dia. Setiap hari menunggu kepulangan Acap. 

"Saban hari dan waktu dalam setiap sujudnya tidak pernah sekali pun dia melupakan doa untuk keselamatan anakandanya," katanya kepada wartawan KitaReporters semalam (21/12/2019). 

Mohd. Zahiruddin (depan) bersama pendaki dari Pulau Pinang dan Damansara yang membantu mencari Acap di Gopeng, Perak pada 21 Disember 2019 lalu.

Mohd. Zahiruddin berkata, walaupun operasi mencari adiknya itu telah lama dihentikan, namun sebagai abang dia masih tetap meneruskan usaha mencari lelaki itu.

Katanya, terdapat ramai pihak yang mahu turut serta mencari adiknya itu dan ia bukan sahaja melibatkan bantuan daripada rakyat tempatan tetapi juga negara jiran termasuk Brunei dan Indonesia. 

"Alhamdulillah, saya masih lagi diberi ruang untuk berusaha. Hari ini sendiri saya ditemani beberapa invividu yang turun untuk sama-sama mencari Acap," katanya. 

Kumpulan dari beberapa negeri yang turut sama membantu mencari Acap.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf, 29, yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu.

Operasi mencari lelaki terbabit dilakukan selepas kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis oleh rakannya yang turut sama menyertai perlumbaan lasak itu. 

Bagaimanapun pada 20 April lalu, penduduk kampung yang melakukan pencarian ke atas Mohamad Ashraf atau dikenali Acap telah menjumpai beberapa ketul tulang di dalam Gua Kandu kira-kira pukul 1 petang.

Tulang dengan ukuran panjang 15 ke 20 sentimeter seakan tulang betis bersama beberapa serpihan tulang itu, bagaimanapun disahkan oleh polis sebagai tulang lama. - KitaReporters.com

0
0
3
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago