Pesona 17 Feb, 2020

IMBAS KEMBALI TRAGEDI BUNUH ALONG SPOON

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
IMBAS kembali kisah sedih tragedi pembunuhan kejam Along Spoon. Siapa sahaja tidak mengenali Along Spoon yang cukup terkenal pada waktu itu dengan lagu nyanyian Rindu Serindu-Rindunya. Tetapi adakah anda semua tahu Along pernah dilaporkan hilang dan menimbulkan banyak persoalan yang tidak dapat dirungkaikan dengan mudah. : KitaReporters.com


Berita kehilangan Along Spoon

Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000. 

Sebelum itu, media melaporkan, Along telah didapati hilang pada 25 Disember 1999.

Laporan polis menyebut, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Pada 10 April 2002, Mohamed Ya’cob didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999. 

Pada 2 November 2010, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.


Pada Jumaat, 14 Februari 2020, seorang peguam telah berkongsikan kronologi yang berlaku di sebalik kisah pembunuhan kejam Along Spoon. 

Along Spoon dibawa ke kawasan sunyi

https://twitter.com/kamarul14/status/1228261296786722816?s=20


Mangsa dilaporkan hilang


Menurut peguam tersebut, mangsa dikatakan bersama dengan suspek dan juga pemandu. Dikatakan pemandu tersebut telah menurunkan mangsa di hutan bersama suspek.

Pemandu kereta tersebut berasa tidak tenteram lalu kembali ke sana semula untuk melihat mereka berdua. Tetapi apa yang lebih mengejutkan beliau apabila hanya ada seorang sahaja yang berada di situ dan seorang lagi telah menghilangkan diri.

Wang tebusan RM500,000


Selepas kehilangan mangsa selama 10 hari, keluarga mangsa telah menerima panggilan agar memberi wang tebusan dan memberitahu bahawa mangsa telah diculik.

Mayat dia, saya isikan dalam guni


Suspek telah mendedahkan bahawa beliau akan menunjukkan kepada pihak polis lokasi sebenar mayat mangsa diletakkan.

Pihak polis akhirnya menemui mayat mangsa yang telah reput diikat dalam guni. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat. 

Hasil siasatan mendapati leher mangsa telah dijerut sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Motif sebenar pembunuhan


Suspek dikatakan telah menyoal mangsa berkaitan hubungan mangsa dengan isterinya. 

Suspek mengesyaki bahawa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya kerana pernah melihat mereka berdua-duaan di dalam kereta.

Suspek berasa marah dan melepaskan geram kepada mangsa ketika di dalam kereta lagi sebelum mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti.

Pemandu saksi kejadian


Dikatakan pemandu tersebut telah menceritakan kisah sebenar pada hari tersebut di mana suspek telah menghentak kepala mangsa beberapa kali di dalam kereta sebelum mangsa dibunuh dalam hutan tersebut.

Keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.

Hukuman gantung dikekalkan



30
20
390
20
28
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago