Pesona 18 Dec, 2019

TRAGEDI 'CINTA TERLARANG' PRINCI BAWA MAUT

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

CINTA memang indah tetapi ia tidak semestinya berakhir dengan bahagia. Malah cinta juga boleh membawa maut. : KitaReporters.com


Begitu juga kasih seorang bapa kepada anak. Walaupun sepatutnya menjadi pelindung, adakalanya bapa berlaku kejam sehingga sanggup meragut nyawa anak sendiri.

Princi, 22, gadis cantik lulusan universiti, datang dari Jaunpur, Uttar Pradesh untuk bekerja di Bhandup, Mumbai. Dia meninggalkan ibu dan tiga adik beradik untuk mencari rezki.

Bukan masalah untuknya berada di bandar raya besar itu. Bapanya, Arvind Tiwari, memang sudah lama di Mumbai dan bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan di Malad, utara Mumbai.

Princi tinggal bersama bapanya di sebuah kawasan perumahan golongan berpendapatan rendah di Indira Nagar, Titwala, Mumbai.  

Namun tidak diduga kedatangan Princi dari kampung halaman berakhir dengan tragedi. Dia maut dibunuh oleh bapanya sendiri. 

Kesalahan Princi hanyalah kerana dia yang beragama Hindu, mahu berkahwin dengan rakan sekerja yang beragama Islam.

Bapanya bukan sahaja membunuh, malah lebih kejam telah memotong badan Princi kepada beberapa bahagian, memasukkannya dalam dua beg dan dibuang.

PRINCI maut dibunuh oleh bapa sendiri.


Memetik laporan The Indian Express, segalanya bermula setelah enam bulan Princi bekerja dan jatuh cinta dengan lelaki Islam. Namun bapanya  tidak merestui hubungan berlainan agama itu.

Kedua beranak itu kerap bertengkar sejak bapanya mengetahui hubungan mereka. 

Akhirnya si bapa bertindak membunuh anaknya sendiri apabila si anak tetap bertegas mahu berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Setelah membunuh dan memotong-motong mayat Princi, bapanya memasukkan sebahagian daripada mayat  yang dipotong ke dalam sebuah beg dan kemudian membawanya menaiki sebuah beca bertujuan membuang mayat tersebut.

Dari kediamannya, Arvind menaiki beca ke stesen kereta api Titwala dan menaiki kereta api hingga ke stesen Kalyan, yang juga dalam kawasan metro Mumbai. 

Dari situ dia menaiki beca untuk ke Bhiwandi, sebuah kawasan yang terkenal dengan industri tekstil di India. Dia merancang membuang beg berisi mayat tersebut di situ.

Bagaimanapun ketika itu mayat mula berbau. Pemandu beca bertanya kepada Arvind apa di dalam beg tersebut kerana berbau sangat busuk. Arvind panik dan melarikan diri, meninggalkan beg tersebut dalam beca.

Pemandu beca yang mengesyaki sesuatu kemudian memaklumkan kepada rakan-rakan pemandu dan membuat  laporan polis. 

Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian membuka beg tersebut dan mendapati keratan mayat bahagian bawah badan dalam beg berkenaan.

Satu laporan bunuh kemudian dibuat. Pihak polis lantas menjalankan siasatan dengan meneliti rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan stesen kereta api Kalyan. 

Melalui rakaman ‘ke belakang’, mereka mengesan orang yang mereka syaki menaiki beca dari stesen Kalyan.

Rakaman juga menunjukkan dia datang ke Kalyan dengan menaiki kereta api dari Titwala. Perjalanan dari kawasan perumahan ke setesen Titwala pula dengan menaiki beca.

Polis berjaya mengesan pemandu beca yang membawa Arvind ke stesen Titwala. Dia memberitahu mengambil Arvind dari kawasan Indira Nagar, Titwala.

Selepas menemu bual pemandu beca berkenaan, polis berjaya menghasilkan lakaran lelaki yang dimaksudkan. Penduduk tempatan mengenali lakaran tersebut sebagai Arvind.

Polis kemudian pergi ke rumah Arvind dan bertanya mengenai anaknya. Walaupun pada mulanya Arvind bertegas mengelak memberi jawapan, dia akhirnya mengaku membunuh anaknya.

Hasil soal siasat, polis dengan bantuan penyelam dan nelayan berjaya menemui beg mengandungi keratan bahagian atas mayat Princi di Sungai Ulhas.

Arvind dikatakan membuang beg tersebut dari jambatan Gandhari dan beg ditemui dua kilometer dari tempat ia dibuang.

Siasatan rapi dengan bantuan CCTV serta pemandu beca membolehkan polis menangkap Arvind dengan cepat. Apakah balasan bakal diterima oleh Arvind selepas perlakuan kejam membunuh anak sendiri? 

Mahkamah akan menentukan. - KitaReporters.com

 

 

0
0
3
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago