Pesona 20 Dec, 2019

[VIDEO] TERIMA KASIH ABANG HUSSIN, KAMU WIRA

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
TINDAKAN seorang pemandu bas dengan memecahkan cermin tingkap bagi menyelamatkan kesemua penumpang daripada lemas ketika dihanyutkan oleh arus deras banjir di Johor menerima pujian dan dianggap sebagai 'wira' kepada penumpang. : KitaReporters.com

BAS LA Holidays yang dihanyutkan oleh air deras banjir ketika melalui Batu 18, Jalan Kota Tinggi-Mersing selepas Sungai Ara di Johor pada 15 Disember 2019 lalu.


Video yang tular termasuk berita disiarkan di akhbar itu menerima pujian netizen dan menganggap pemandu bas sebagai 'wira' tidak didendang kerana sanggup bertarung nyawa menyelamatkan oara penumpangnya.

Beberapa gambar tular memaparkan bas berkenaan yang tenggelam sehingga hampir ke bahagian bumbung dan dipercayai terperangkap di tengah laluan berikutan air deras sebelum ditolak sehingga ke bahu jalan dan tersangkut di situ.

Pemandu bas LA Holiday itu yang dikenali sebagai Hussin bertindak bijak apabila beliau mengambil keputusan untuk memecahkan cermin tingkap berbanding membuka pintu kerana mimikirkan isu keseimbangan bas akan terjejas sekiranya air deras masuk ke dalam bas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Ahad (15/12/2019)  di  Batu 18, Jalan Kota Tinggi- Mersing selepas Sungai Ara itu, pemandu dipercayai tidak menyedari jalan berkenaan telah ditenggelami air berikutan keadaan yang masih gelap di samping hujan lebat.

Cubaan untuk menarik bas itu selepas kejadian ke kawasan selamat gagal berikutan air deras dan air banjir sedalam 1.7 meter. 


Pengalaman bertemu dan mendapat gambaran sebenar berkenaan kejadian itu dikongsi oleh  Ketua Operasi Tindakan Bencana, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM),  Muhammad Farrizzal  Rostam yang bertemu dengan pemandu bas berkenaan dan dikongsi bersama wartawan KitaReporters.com.

Farrizzal berkata, ketika kejadian beliau bersama anggota sukarelawan YDKMM berada di Endau Rompin, Pahang bagi menyantuni mangsa banjir masyarakat Orang Asli di kawasan itu. 

Menurut Farrizal, beliau mendapat tahu kejadian bas hanyut itu melalui media sosial dan pada hari kedua kejadian, beliau bersama sukarelawan YDKMM bertolak ke Kota Tinggi bagi menyantuni mangsa banjir di situ.

Katanya, ketika melalui jalan ke Mersing, mereka bertemu dengan bas yang terbabit dalam kejadian banjir itu dan berhenti di situ untuk melihat keadaan sebenar.

KEADAAN bas yang tersadai di tepi jalan selepas dihanyutkan oleh air deras banjir di Batu 18, Jalan Kota Tinggi-Mersing selepas Sungai Ara di Johor pada 15 Disember 2019 lalu.


"Ketika sampai di kawasan itu, banjir semakin pulih dan tidak melihat sebarang individu di kawasan bas yang  masih tersadai di tepi jalan dan belum ditarik keluar."

"Kira-kira 15 minit berada di kawasan itu, kami melihat sebuah kereta dinaiki empat penumpang berhenti di kawasan bas itu dan salah seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai pemandu bas berkenaan."

"Saya sempat berkongsi pengalaman bersama Hussin dan bertanyakan beberapa soalan tentang kejadian yang dilaluinya bagi menyelamatkan penumpang.

Sepanjang pertemuan, Hussin menyatakan, kejadian pertama kali yang dilaluinya itu menjadi detik hitam bagi dirinya.

Bagaimanapun, alhamdulillah ketika kejadian, beliau tidak panik dan apa yang difikirkan hanyalah  faktor keselamatan penumpang berbanding diri sendiri.

KETUA Operasi Tindakan Bencana, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Muhammad Farrizzal Rostam (kiri) bersama pemandu bas yang dianggap 'wira' penumpang, Hussin (tengah) di tempat kejadian.


Hussin juga memaklumkan, ketika melalui jalan itu terdapat dua buah bas lain di hadapannya dan mereka berjaya meredah banjir itu dengan selamat.

Hussin menyatakan, ketika beliau melalui jalan itu, tiba-tiba air naik secara mendadak bersama arus deras dan menghanyutkan bas lalu tersadai di tepi tebing jalan. 

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana sebahagian daripada barangan penumpang dicuri orang ramai termasuk netizen yang melemparkan tuduhan buruk terhadap dirinya kerana sengaja meredah keadaan banjir itu sehingga membahayakan nyawa penumpang.

HUSSIN (kiri) bersama sukarelawan Operasi Tindakan Bencana YDKMM yang membantu ketika  kerja-kerja menarik keluar bas dari tempat kejadian.


Farrizzal berkata, sebagai anggota sukarelawan skuad bencana beliau memahami situasi dialami pemandu bas berkenaan dan kejadian itu juga bukan disengajakan oleh pemandu.

"Melihat pada tempat kejadian, kami mendapati bas itu dihanyutkan ke kawasan lebih rendah  menyebabkan bas berkenaan sukar untuk naik semula ke atas jalan ketika kejadian. 

"Abang Hussin sebenarnya adalah seorang 'wira' bagi penumpang dan andainya beliau panik ketika itu, mungkin boleh berlaku perkara di luar dugaan dan membahayakan nyawa  penumpang," katanya. 

Sukarelawan YDKMM seramai lima orang yang berada di kawasan itu sempat membantu Hussin sebagai trafik jalan raya bagi mengawal kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut ketika bas itu ditarik keluar oleh kren.

Sebelum beredar sukarelawan YDKMM juga menghulurkan minuman dan biskut yang dibawa mereka bagi dihulurkan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan. - KitaReporters.com



SUKARELAWAN Operasi Tindakan Bencana YDKMM membantu mengawal trafik ketika kerja-kerja menarik keluar bas dari tempat kejadian.

5
0
1
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago