Pesona 10 Jan, 2020

HARGAI PASANGAN ANDA SELAGI MEREKA DI SISI

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this
MEMANG menjadi idaman setiap pasangan untuk hidup bahagia bersama selama-lamanya. Mengecapi kegembiraan sekeluarga apatah lagi jika dikurniakan dengan anak-anak. : KitaReporters.com

Gambar Hiasan


Saling melengkapi antara satu lain menjadikan ikatan rumah tangga semakin kuat dan erat yang disulami dengan kasih sayang.

Namun setiap pertemuan akan ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Ia sudah ketentuan dan suratan takdir.

Perkongsian daripada seorang bapa yang mempunyai tiga orang anak lelaki ini amat menyentuh hati tatkala membesarkan anak-anak tanpa Isteri di sisi yang pergi buat selamanya.

Sama- sama kita ikuti perkongsian Khairul Abdullah atau lebih dikenali dengan Super Daddy yang dapat ribuan perkongsian di laman Facebook beliau. 

https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah


Ikuti kisahnya :

Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan? 

It's too late....

Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.

Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.

Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.

Tiba-tiba dia diambil Tuhan.

Foto FB Khairul Abdullah


Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.

Pertama : 

Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.

Gambar Hiasan


Kedua : 

Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me. 

Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.

Gambar hiasan


Ketiga : 

Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku. 

Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.


Keempat :

Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion. 

Aku tahu dia suka bunga, mata dia "sparkling" setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.

Gambar hiasan


Kelima :

Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia. 

Foto FB Khairul Abdullah


Sungguh...

Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia.

Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada. 

Belajarlah dari kesilapan aku.

Khairul Abdullah

1
0
5
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago