Pesona 03 Dec, 2019

NAHAS MUSNAHKAN KEHIDUPAN NURUL ELYANA

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

SEMBILAN bulan lalu, Nurul Elyana Shamimi Zulkifli, 13, merupakan seorang kanak-kanak yang periang, cergas dan pintar. Anak bongsu daripada dua beradik yang belajar di sebuah sekolah terpilih dan bercita-cita menjadi seorang doktor itu sudah tentunya menjadi harapan kedua-dua ibu bapanya seperti juga anak-anak lain. : KitaReporters.com


Namun kemalangan jalan raya di Paya Pulai, Temerloh, Pahang pada 18 Mac lalu sekelip mata mengubah kehidupan Nurul Elyana Shamimi dan meragut kegembiraan pasangan suami isteri Zulkifli Musa, 39, dan Sarina Mohd. Najib, 36.

Akibat dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan menyebabkan Nurul Elyana Shamimi yang tinggal di Kampung Paya Luas, Temerloh mengalami kecederaan parah termasuklah patah tulang rusuk dan patah tulang rahang, kecederaan pada kepala sehingga koma.

Kesan daripada kemalangan itu mengubah kehidupan Nurul Elyana Shamimi yang kini mengalami hilang ingatan teruk sehingga tidak mampu mengingati rutin harian seperti memakai baju.


Sarina yang merupakan suri rumah berkata, kemalangan yang berlaku semasa anaknya dalam perjalanan ke kedai itu memberikan kesan besar kepadanya sekeluarga dan mengubah kehidupan anak bongsunya itu.

Beliau memberitahu, keadaan Nurul Elyana Shamimi pada masa ini berubah sama sekali apabila mengalami hilang ingatan yang teruk dan masalah dalam pertuturan sehingga tidak dapat bersekolah.

"Dia jadi pelupa, tidak ingat kadang-kadang benda yang dia sudah makan dia lupa dan nak makan lagi, benda yang dia hendak buat kena bagi tahu hari-hari, pergi bilik air pun kena tengok, kena ajar gosok gigi hari-hari, pakai baju pun kita kena tengok, kena ajar semula, kadang-kadang dia pakai terbalik.

"Ada dia minta pergi sekolah tetapi kita tidak yakin, dia tidak pandai hendak uruskan diri. Kalau boleh hendak dia pulih semula macam biasa dan macam budak-budak lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Luas di Temerloh, baru-baru ini.

Nurul Elyana Shamimi bersama abangnya sebelum kemalangan.


Dalam pada itu, Sarina berkata, pada masa ini, dia hanya mengharapkan pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori untuk menguruskan anak perempuanya itu.

Katanya, ekoran keadaan Nurul Elyana Shamimi juga menyebabkan anak sulungnya yang berusia 18 tahun tidak menyambung pengajian bagi memberikan tumpuan menjaga adiknnya itu yang memerlukan penjagaan sepenuhnya.

Beliau memberitahu, anak lelaki sulungnya itu juga tidak menyambung pengajian kerana tidak mahu membebankan suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori dan bagi memastikan perbelanjaan adiknya sentiasa mencukupi.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyalurkan kepada akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarina binti Mohd. Najib iaitu 0640029000319231 atau menghubungi talian 014-5252410 atau 012-26775683.

          

   

7
1
29
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago