Pesona 18 Dec, 2019

11 TAHUN KAHWIN TANPA SEKS KERANA OBESITI

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELAMA 11 tahun berkahwin, mereka tidak pernah merasai nikmat berhubungan seks. Mereka masih menjadi anak teruna dan anak dara, walaupun usia sudah memasuki 42 dan 39 tahun.  : KitaReporters.com


Inilah yang dialami Lee Sutton, 42, dan isterinya Rena Kiser, 39 tahun. Semuanya kerana kedua-dua mereka memiliki masalah obesiti yang kronik.  

Memetik laporan Daily Mail, Lee mempunyai berat 324 kg, sementara Rena 246 kg. Lee sendiri tidak dapat bangun dari tempat tidurnya, bahkan sekadar untuk mandi ataupun buang air.

Setiap harinya, Rena yang mengurus Lee mulai dari menyiapkan makanan hingga membilas badan Lee.

Kedua-duanya bertemu di klinik obesiti 11 tahun lalu dan saling jatuh cinta, meski sudah diperingatkan oleh pengurus klinik bahawa itu akan menjadi musibah bagi kedua-duanya.

Alih-alih mengikuti nasihat tersebut, kedua-dua mereka justeru memilih keluar dari klinik dan tinggal bersama.

Semenjak itu, pola makan mereka berdua semakin tidak terkawal lagi. 

Lee dan Rena kemudian mengalami kenaikan berat badan agak drastik dan tidak melakukan apapun untuk membantu mengendalikan tubuh mereka.

Kedua-dua mereka sangat senang makan junk food dan tidak pernah berhenti makan semua jenis makanan berkalori tinggi.

Lee mulai tidak boleh bergerak dari atas tempat tidurnya, sehingga Renalah yang mengurus semua keperluannya.

Hingga pada tahun selanjutnya, Rena juga nyaris tidak boleh bergerak.

Mereka bergantung kepada adik perempuan Lee, Cassie yang datang setiap hari dan memandikan mereka berdua. 

Kegemaran makan berlemak dan junk food menyebabkan obesiti sukar dikawal.

Menyedari nyawa mereka dalam bahaya dan kehidupan pernikahan mereka yang mulai tidak harmoni, Rena mengajak Lee untuk melakukan pembedahan sedot lemak.

Lee setuju dan dialah yang pertama untuk menjalani pembedahan itu di sebuah hospital khas sedot lemak di Texas, Amerika Syarikat.

Seminggu setelah menjalani pembedahan, Lee kembali makan junk food dan tidak mahu menjaga pola makannya, dan itu membuat Rena merasa kesal.

Lee bahkan melakukan keganasan terhadap Rena kerana dirinya merasa marah ketika Rena menyuruhnya berhenti makan.

Beruntunglah pasangan itu kerana dengan kesabaran Rena, mereka kembali menjalani rawatan sedot lemak dan bersama-sama menjaga pola makan.

Selama setahun penuh, mereka menjalani rawatan sedot lemak dan menjalani diet ketat.

Hasilnya, berat badan Lee turun menjadi 186 kg dan Rena menjadi 126 kg iaitu penurunan kira-kira 50 peratus.

Mereka berdua sangat gembira dengan perubahan itu, terutama Rena kerana dia kemudian boleh bergerak lebih bebas dan memakai gaun-gaun cantik yang sesuai dengan ukurannya.

Lee juga boleh turun dari tempat tidur, berjalan dan beraktiviti  normal.

Mengikuti program diet ketat membantu kedua-dua mereka turun hingga hampir 50 peratus.

Selain itu, yang paling membuat mereka senang adalah bahawa setelah 11 tahun bersama, akhirnya mereka boleh  melakukan hubungan intim di tahun ke-12 mereka.

Kami saling mencintai dan tergila-gila, namun, berat bagi kami menjalaninya kerana kami tidak boleh sedikitpun bermesraan dengan kondisi seperti itu," kata Lee pada Daily Mail.

Boleh berhubungan intim dengan Rena adalah mimpi Lee yang menjadi kenyataan.

Kini dengan berat badan mereka yang baharu, pasangan ini bahkan berjanji untuk mengadakan pesta perkahwinan  yang meriah.

Terbukti dengan keinginan yang kuat, tidak ada yang mustahil di dunia ini. - KitaReporters.com

Gambar terbaharu Lee Sutton dan Rena Kiser selepas dapat menurunkan berat badan mereka sebanyak 50 peratus. - Foto Daily Mail

1
2
3
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago