Pesona 22 Dec, 2019

GUNA 'WANG SAMPUL' BAGI BUKA BISNES BATIK

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PEPATAH mengatakan ‘di mana ada kemahuan, pasti ada jalan’. Bila ada kemahuan dan tekad yang kuat, siapa pun boleh menjadi pengusaha berjaya, seperti kisah pasangan suami isteri ini, Sally Giovanny dan Ibnu Riyanto. : KitaReporters.com

Sally Giovany berada di salah sebuah kedai miliknya. - Foto Tribun Jabar


Pasangan suami isteri ini menggunakan ‘wang sampul’ iaitu wang sumbangan majlis perkahwinan mereka mereka sebagai modal membuka perniagaan.

Meskipun mulanya menanggung rugi, siapa sangka Sally Giovany dan suaminya Ibnu Riyanto kini berjaya  menjadi pengusaha batik.

Sally merupakan pemiliki jenama batik Trusmi yang diasas  sejak 2006 yang telah memiliki 9 showroom batik di seluruh Indonesia.

Sally Giovany bersama suaminya Ibnu Riyanto ketika bercuti. - Foto Instagram Sally

Perniagaan dimulakan oleh Sally dan suaminya yang pada tahun 2006 ketika baru berkahwin. 

Kerana tidak mempunyai pengalaman kerja, mereka memutuskan untuk berniaga bermula dari wang amplop (wang sampul) pemberian tamu undangan majlis perkahwinan mereka.

Memetik laporan Tribun Jabar, pasangan ini mendapatkan modal sebanyak Rp37 juta (kira-kira RM8,000). 

Mereka kemudian membeli kain mori dan putih kosong untuk membuat batik yang kemudian mereka jual dengan keuntungan hanya Rp8,000 (kurang RM3) bagi sehelai kain.

"Sejak berkahwin kami memang langsung memutuskan membuka usaha batik.

“Kebetulan modalnya diperoleh daripada ‘amplop’ ketika majlis perkahwinan, ya sekitar Rp37 juta," ujar wanita berusia 30 tahun itu.

Namun, kebanyakan yang terjual adalah kain mori untuk kafan sehingga dia tidak mendapatkan keuntungan.

Mulanya, dia cukup ragu berniaga kerana tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang bisnes.

"Kami memang tidak memiliki latar belakang bisnes atau belajar dalam bidang bisnes.

"Saya dan suami sama-sama lulusan sekolah menengah sahaja dan kami berkahwin muda. Tapi orang tua kami sama-sama peniaga sehingga kami belajar daripada mereka," kata Sally.

Foto Twitter IG @SallyGiovany

Lima bulan mengalami kerugian, atas saranan mertuanya dia kemudian membuat batik dari kain sisa penjualannya.

Sisa modal usaha yang masih ada 12 juta (kira-kira RM3,000) kemudian dia serahkan pada pembuat  batik kecil di daerah tempat tinggalnya, Trusmi.

Dari sinilah dia kemudian menjualkan batik khas Cirebon yang dijual ke beberapa kota besar.

Berjaya memasukan barangan batik jualannya ke kedai-kedai di kota besar, dia kemudian membuka toko pertama di Jalan Trusmi Kulon No 129 dengan nama batik IBR.

Setelah 2 tahun, kedai tersebut mendapat permintaan pelanggan cukup tinggi, sehingga dia kemudian membuka kedai keduanya dengan jarak yang tidak terlalu jauh.

Pada tahun 2011, Sally mempunyai empat ruang pamer batik di Cirebon dengan nama Batik IBR, manakala Batik Trusmi (berganti nama menjadi Batik Nayla), Batik Raja dan Batik Trusmi yang dibuka awal tahun 2011.

Jumlah pekerjanya kini lebih  850 orang di samping bekerja sama dengan 500 lebih penRajin (tukang) batik.

Ruang pamerannya atau showroom ini merupakan yang terbesar di Jawa Barat dengan konsep "one stop" shopping.

Tidak hanya itu, kain batik produksinya juga dieksport ke pelbagai negara, hingga Eropah dan Amerika.

Sekurang-kurangnya ada 7,000 potong kain sutera batik yang dieksport dikirim melalui pedagang di Bali setiap minggu.

"Kami hanya menyediakan kain sesuai permintaan pelanggan," kata Sally.

Kisah sukses pasangan suami isteri ini boleh menjadi contoh untuk anda yang ingin memulakan perniagaan. Semoga menginspirasi. - KitaReporters.com

0
1
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago