MENERIMA kehadiran ahli keluarga baharu dalam keluarga pasti menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu dan kenangan terindah buat sesebuah keluarga. Namun bagaimana pula jika bayi yang ditunggu-tunggu itu tidak muncul sebaliknya ‘pergi’ selama-lamanya angkara kecuaian orang lain. : KitaReporters.com
ANJING liar dikatakan memasuki bilik bedah sebuah hospital melalui tingkap. - Gambar hiasan
Itu yang
berlaku kepada pasangan suami isteri di daerah Farurukhabad, kira-kira 180
kilometer dari Uttar Pradesh, Lucknow, New Delhi, India apabila bayinya yang baharu
dilahirkan tiga jam di sebuah hospital swasta dilaporkan mati selepas "dibaham" anjing liar di dalam dewan
bedah.
Bahayanya… mana
keselamatan di hospital berkenaan?
BAYI yang baharu dilahirkan di sebuah hospital swasta dipercayai "dibaham" oleh anjing liar menyebabkan bayi berkenaan mati.
Lebih
menyedihkan bayi malang itu diserang beberapa ekor anjing yang masuk ke dalam hospital swasta itu melalui tingkap bilik bedah hospital.
Kejadian
menyedihkan itu hanya disedari ahli keluarga mangsa selepas terdengar bunyi bising
salakan anjing di bilik berkenaan.
Menurut pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday, keluarga tersebut mendakwa bayi itu ditinggalkan di dalam dewan bedah dengan tingkap terbuka yang menyebabkan serangan itu berlaku.
SUASANA kelam kabut di dalam wad sebuah hospital swasta, kira-kira 180 kilometer dari Uttar Pradesh, Lucknow, New Delhi. - Kredit foto Timesnownews.com
Kejadian menyayat hati itu menyebabkan polis India bertindak menutup hospital swasta tersebut dan mendakwa kakitangannya dengan tuduhan membunuh bayi malang itu.
Padamasa
sama, keluarga tersebut mendakwa pihak hospital yang menyedari kesilapan yang
dilakukan oleh kakitangan telah menawarkan wang tunai bagi merahsiakan kejadian tersebut.
Amboi…tergamak
pula mereka ditawarkan wang tunai bagi menggantikan nyawa yang melayang!
Tak kan
semurah itu nyawa di sana... oleh pula ditukar ganti??
Bagaimanapun
selepas disiasat, pihak berkuasa mendapati hospital itu tidak mempunyai lesen
dan berdepan dengan tindakan dan hukuman kerana beroperasi secara haram.
Semoga
kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati.
Bayangkan jika yang berlaku itu ahli keluarga sendiri… pasti meninggalkan kesan mendalam. - KitaReporters.com