Pesona 06 Feb, 2020

'TUAN RAMDAN' BUDAK BAIK - ABANG KANDUNG

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
TULAR baru-baru ini dalam media sosial, kisah seorang remaja yang berusia 19 tahun menyamar sebagai seorang anggota polis berpangkat Inspektor. Penyamaran 'Tuan Ramdan' sebagai inspektor ini berjaya dibongkarkan oleh pihak polis. : KitaReporters.com


Kini remaja lelaki tersebut telah ditahan. Dikatakan kejadian itu berlaku di Kluang, Batu Pahat, Johor. 

Namun disebalik kisah penyamaran 'Tuan Ramdan' sebagai inspektor, terdapat kisah sedih yang tidak diketahui oleh orang ramai yang dikongsikan oleh seorang lelaki.

Lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan dalam media sosial dan mendakwa dirinya sebagai abang kandung kepada 'Tuan Ramdan'.

Ini adalah penjelasan abang kandung 'Ramdan' :

Kisah sedih dia aku tulis dekat sini.

Menurut posting tersebut yang telah dikongsikan oleh Viral Media Johor, individu tersebut adalah abang kandung kepada 'Tuan Ramdan'. 


Tetapi mereka berdua tidak pernah sekali berjumpa kerana masalah peceraiaan keluarga yang berlaku.  

Dikatakan 'Ramdan' telah diberikan kepada keluarga angkat selepas bapa dan ibu tirinya berpisah. Lebih menyedihkan lagi, 'Ramdan' tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya sejak dilahirkan.



Kenapa keluarga angkat tak nasihatkan Ramdan?

Menurut abangnya dia juga baru mengetahui bahawa keluarga angkatnya telah meninggal dunia.

Ramdan budak baik

Abangnya juga memberitahu bahawa adiknya adalah seorang budak baik, tidak membahayakan dan tidak pernah melakukan jenayah. Cita-cita 'Tuan Ramdan' nak jadi polis bermula dari sekolah rendah lagi.

Berani menegur orang buat jenayah

Kerana minat yang amat mendalam, beliau sanggup menyarung pakaian seragam anggota polis. 

Bukan itu sahaja, beliau juga berani menegur dan mencegah jenayah yang salah dari sisi undang-undang negara Malaysia. 

Ini menyebabkan beliau berani menyamar menjadi polis sebenar menurut Siakap Keli.

Pada ketika itu, beliau bertindak demikian tanpa berfikir bahawa tindakan itu salah dari sisi undang-undang, sekali gus telah memerangkap diri dia ke dalam masalah amat besar.


Dia hanya ingin mencegah kegiatan mat rempit di sekitar kawasan dia tinggal dan berani menegur anggota PDRM yang sedang bertugas tanpa rasa bersalah.

Dia teramat minat nak jadi seorang polis. Mungkin dia fikir jadi polis tu semudah pakai uniform. Mintak tolong sangat-sangat jangan la bagi dia tomahan yang bukan-bukan.

Rata-rata netizen yang terbaca luahan hati abang kandung 'Tuan Ramdan' ini mula bersimpati dengan nasib anak muda yang begitu minat dengan pekerjaan polis, tetapi tindakan yang diambil ini adalah salah di sisi undang-undang.

Netizen memohon agar remaja ini dapat dibantu agar beliau tidak melakukan kesalahan ini dan mereka berpendapat mungkin ini adalah hikmah untuk beliau kembali bersama keluarga sebenar dan dapat membimbingnya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semoga remaja ini sedar kesalahan yang dilakukan adalah sebuah jenayah, manakala netizen pula berhentilah mengecam adik ini. 

Semoga cita-citanya tercapai untuk menjadi seorang anggota polis pada masa akan datang. - KitaReporters.com

9
0
3
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago