Pesona 15 Dec, 2019

ASHANTY CEKAL BERJUANG UNTUK UBATI SAKIT

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENYANYI pop Indonesia Ashanty, 35, terus berjuang mengubati penyakit autoimun kronik yang dideritanya. Baginya bukan bererti kehidupannya sudah berakhir. Dan dia mendapat dokongan penuh daripada suaminya Anang Hermansyah iaitu bekas suami selebriti terkenal Krisdayanti. : KitaReporters.com

Dalam beberapa bulan terakhir, Ashanty juga berusaha menyembuhkan dirinya dan bahkan sudah dirawat di hospital setiap kali apabila kesihatannya menurun drastik.

Penyakit itu turut menyebabkan tubuh Ashanty ditumbuhi benjolan di sana sini dan wajah ayunya selama ini sudah banyak berubah.

Untuk mendapat rawatan lebih baik, baru-baru ini, Ashanty dengan ditemani suaminya Anang Hermansyah bertolak ke Singapura.

Dalam keadaan tersebut Ashanty benar-benar diwajibkan untuk menjaga keadaan tubuhnya agar tetap stabil.

Dan ketika menjalani rawatan di Singapura, Ashanty dikejutkan oleh doktor bahawa jika terlambat sedikit daripada menerima rawatan dia mungkin terkena strok.

Lalu  Ashanty disarankan untuk mengambil ubat pencair darah.


Kejadian ini diceritakan Ashanty dalam tayangan program Silet, di RCTI pada Rabu (11/12/2019) lalu.

Pemberian ubat pencair darah itu disarankan untuk Ashanty kerana darahnya memang terlalu pekat.

Penyakit ini membuat Ashanty mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

"Darahku terlalu kental (pekat), makanya keguguran tiga kali. Di sana (Singapura) dikasih (beri) ubat pengencer (pencair) darah," ujar Ashanty.

Akan tetapi, setelah mengambil ubat pencair darah itu, Ashanty mengaku mengalami pendarahan ketika sedang bercuti di Korea. Darah yang dikeluarkannya ketika datang bulan lebih banyak dari biasanya.

"Tapi pas dikasih obat pengencer darah, kemarin di Korea aku pendarahan. Maksudnya aku datang bulannya biasa saja, tetapi ini jadi banyak gitu," jelasnya.

Ashanty tidak mahu terlalu banyak mencari maklumat lagi soal penyakitnya. Dia hanya ingin fokus dengan rawatan untuk menyembuhkan penyakit Autoimunnya.

"Udah deh enggak mau terlalu banyak mencari tahu lagi yang penting sekarang tinggal pengobatan (rawatan) aja," tuturnya.

Ashanty bersama suami, Anang Hermansyah.

Sementara, Ashanty mengaku banyak pertanyaan soal penampilannya setelah keluar hospital. 

Menurutnya, dirinya banyak mendapatkan pertanyaan terkait wajahnya yang terlihat lesu akhir-akhir ini di instagramnya.

Ashanty memberi alasan wajahnya kelihatan lesu kerana kesan mekap yang digunakan.

Melalui posting Instagram pada Khamis (5/12/2019) lalu,  Ashanty mencurahkan mengenai penyakitnya. Isteri kepada Anang Hermansyah ini menganggap autoimun bukan bererti hidupnya akan berakhir.

Dia menyebut bahawa penyakit yang dideritanya itu adalah cara dari Sang Pencipta untuk mengingatkan untuk lebih bersyukur.

Wajah Ashanty ketika masih sihat.

"Sakit bukan bererti duniamu berakhir, bukan pula suatu ujian yang berat, bukan bererti kita tidak bisa (boleh) melanjutkan hidup, bukan bererti tidak boleh berbahagia," tulis Ashanty.

Lebih lanjut, Ashanty memberi nasihat agar tidak membanding-bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain.

Ibu tiri selebriti Aurel Hermansyah ini juga mengajak untuk memberikan yang terbaik untuk banyak orang.

"Jangan pernah membandingkan diri kita dengan hidup orang lain, di luar semua akan selalu terlihat indah, namun hanya hati mereka yang tahu sesungguhnya," sambung Ashanty.

"Berikanlah yang terbaik dan selalu menjadi orang yang benar2 baik dan bisa bermanfaat bagi banyak orang."

Posting Ashanty itu langsung ramai dikomen oleh warganet. Mereka turut mendoakan agar wanita berusia 35 tahun itu selalu tegar dan kuat menghadapi penyakitnya. 

Ashanty  membuat album pertama pada tahun 2009, tetapi namanya mula dikenali apabila menjadi pasangan duet Anang Hermansyah melalui lagu ‘Jodohku’ dan akhirnya terus menjadi jodoh sebagai pasangan suami isteri.

Anang ketika itu sudah berpisah dengan Krisdayanti. - KitaReporters.com 

0
0
2
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago