Pesona 11 Jan, 2020

DIHINA FAMILI KEKASIH: SELAMAT JALAN ROMEO!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Seorang wanita bernama Rozmiza, baru-baru ini, menceritakan kisah kehidupannya melalui akaun Twitternya, @RozmizaRozman dan menjadi tular. Rozmiza menulis dalam Twitter yang dimuat naik pada Ahad (5/1/2020) lalu. : KitaReporters.com

Kisah wanita yang dihina keluarga kekasih kerana miskin tular dalam Twitter. Lima tahun kemudian, wanita berkenaan 'balas dendam'  dengan membuktikan kejayaannya. - Foto Twitter @RozmizaRozman

Seorang wanita di sebuah negeri di Malaysia menceritakan, satu masa dulu, dia sempat menjalin hubungan dengan seorang lelaki semasa di sekolah menengah. Mereka bercinta sejak Rozmiza berusia 16 tahun. 

Pada mulanya, hubungan Rozmiza dan kekasihnya baik-baik sahaja.

Mereka saling menyokong  satu sama lain semasa belajar sehingga lulus persekolahan.

Hubungan pun berlanjut hingga masuk pengajian tinggi. Ketika itu, Rozmiza dan bekas kekasihnya terpaksa   menjalani hubungan jarak jauh kerana berbeza universiti.

Hubungan mereka mulai berdepan bermasalah. Bekas pacar Rozmiza menjalin hubungan dengan perempuan lain di universitinya. 

Namun, hubungan terselindung itu terkandas. Perempuan yang kekasihnya bercinta akhirnya berkahwin dengan lelaki lain.

Melihat rumah lamanya yang menjadi bahan hinaan, namun semua itu kemudian menaikkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup. - Foto Twtter @RozmizaRozman
Hubungan Rozmiza dan bekas kekasihnya pun diteruskan semula. Meskipun begitu, masalah lain datang ketika Rozmiza bertemu dengan keluarga bekas kekasihnya itu.

Ketika bertemu, si  ibu memberi responsnya dengan baik. Namun, perkara berbeza ditunjukkan oleh saudara  perempuan si kekasih.

Secara jelas, Rozmiza  ‘dihina’ dengan menyebutnya miskin. Bahkan, saudara perempan kekasihnya itu menghina keluarga Rozmiza kerana tidak setara dengan keluarganya.

"Ya, saya anak peniaga di tepi  jalan! Ibu dan ayah saya miskin!" tulis Rozmiza.

Meskipun dihina keluarga kekasihnya ketika itu, Rozmiza tetap mempertahankan hubungannya.

Suatu saat, Rozmiza menyatakan impiannya untuk membeli kereta Volkswagen. Reaksi si bekas kekasih ketika itu pun di luar dugaan.

"Setelah selesai kuliah, aku mahu bekerja keras, aku mahu beli Volkswagen," kata Rozmiza.

"Hahaha,... kereta itu mahal, keluargamu susah, beli yang lebih murah sahaja, itu yang mampu," jawab si bekas kekasih.

Jawapan itu membuat Rozmiza sakit hati. Namun, dia tetap bertahan dengan cintanya.

Malangnya, Rozmiza kembali dicurangi bekas kekasihnya.

Hubungan mereka semakin memburuk ketika bekas kekasih itu ingin meminjam wang dan meminta dibelikan tiket bas.

Ketika Rozmiza mengetahui wangnya digunakan untuk ‘berselingkuh’, kesabarannya pun hilang.

Dia mengakhiri hubungannya dengan si bekas kekasih dan fokus mengejar tujuan hidupnya.

Kisah wanita yang dihina keluarga kekasih kerana miskin tular dalam Twitter. Lima tahun kemudian, begini si wanita 'membalas dendam' .

Meskipun begitu, bukan bererti hidup Rozmiza terlepas dari bayang-bayang si bekas kekasih dan keluarga kekasih itu.

Mulanya, si ibu menghubungi Rozmiza agar tidak memutuskan hubungan dengan anaknya. Namun, tiba-tiba dia berubah fikiran.

"Aku ingin menantuku menjadi pegawai kerajaan," kata ibu sang bekas kekasih.

Tidak hanya itu, saudara perempuan bekas kekasih Rozmiza itu turut mengirim pesan via Facebook, dengan perkataan yang masih merendah-rendahkan dirinya.

Bertekad untuk membuktikan bahawa bekas pacar dan keluarga kekasihnya itu salah, Rozmiza pun bekerja keras.

"Suatu hari nanti, kamu dan keluargamu akan menyesal kerana telah memperlakukan aku seperti ini," kenang Rozmiza ketika itu.

Selama lima tahun, dia membujang dan bekerja keras untuk membalaskan 'dendam'nya.

Kini, Rozmiza bekerja sebagai konsultan kewangan (financial consultant). Hasil kerja keras Rozmiza mampu membeli sebuah rumah, melunasi pinjaman hingga membeli kereta serta beg tangan impian.

"Kamu benar mengatakan bahawa aku tidak mampu membeli Volkswagen. Aku hanya boleh membeli kereta  Mercedes," ujar Rozmiza.

"Terima kasih, berkat kamu dan keluargamu yang menekanku, sekarang aku begini.

"Aku memaafkanmu, tetapi aku tidak akan pernah melupakan apa yang kamu dan keluargamu lakukan," tulis Rozmiza.

"Aku bangga dengan diriku, bukan bangga kerana apa yang aku punya sekarang. 

"Percaya padaku. Ketika kita jatuh, bangkitlah agar menjadi lebih kuat. Jangan menjadi lemah, kerana ada orang yang mentertawakan kita kalau kita lemah. Di sini diriku sekarang," katanya kepada warganet.

Tulisan Rozmiza dalam Twitter telah mendapatkan lebih 25,000 retweets dan lebih 22,000 likes pada Rabu (8/01/2020) lalu.

Rozmiza bagaimanapun menutup mukanya dalam gambar-gambar yang dimuat dalam Twitternya. Bagaimanapun wajahnya dapat dilihat pada halaman depan Twitternya.

Inilah @RosmizaRozman
1
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago