Pesona 10 Feb, 2020

ALAMAK!! SIMBOL MANTERA SIAM DAN MAKNANYA

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
KADANGKALA apabila kita semua terlihat logo atau simbol yang pelik, pasti kita semua tertanya-tertanya apakah maksud disebalik simbol tersebut. : KitaReporters.com


Baru-baru ini seorang pengguna di Twitter ingin mengetahui apakah maksud simbol Siam yang terdapat pada keretanya. 

Ini terjadi apabila dia membasuh kereta di kedai basuh kereta, dan apabila pulang terdapat simbol yang menakutkannya. 

Menurut seorang pengguna Twitter simbol ini dikatakan mempunyai kaitan dengan no plat kereta, patung kecil yang digantung di bawah kenderaan dan simbol colok Siam di pacak sebatang.

Beliau dahulunya adalah bekas kupu-kupu malam dan pernah bekerja dengan salah seorang bapa ayam berbangsa Cina menerangkan serba sedikit tentang simbol ini.

Pelacuran sering kali dikaitkan dengan sindiket maksiat, perjudian dan kongsi gelap. 

Satu hari Mummy ditugaskan untuk menjaga kedai mesin judi online yang ada iaitu roullete.

Kedai judi ini menggunakan bangunan 2 tingkat bagi mengaburkan pandangan MPSJ dan juga pihak polis. Manakala kedai judi tersebut berada di tingkat dua dan di bawahnya adalah cyber cafe. 

Terdapat pelbagai kaum yang bermain mesin judi ini, antaranya mereka yang berbangsa Cina, India dan Melayu. Apa yang penting di sini adalah, di belakang kedai mesin judi terdapat sebuah tokong kecil yang telah disembunyikan daripada pandangan mata orang ramai kerana di dalamnya tempat sembahan mereka.

Setiap kali kedai judi dibuka setiap hari, bapa ayam akan membakar colok yang dipacak sebatang yang bermaksud mati.

Mati bermaksud agar ramai pemain judi yang akan kalah semasa bermain mesin judi. Itulah kepercayaan mereka.

Katanya lagi, colok ini akan dibakar sebanyak 3 kali sehari agar permintaan mereka tidak ramai yang akan memenangi permainan judi. 

Jika ada antara mereka yang memenagi atau 'cuci' atau istilah "withdraw" kemenangan pun tak terlalu besar jumlahnya kelak.


Bagi mereka yang bermain mesin judi, ia sangat selesa di dalam ini kerana terdapat mesin air disediakan untuk membolehkan mereka membancuh minuman segera 3 dalam 1, maggie cup dan selang 5 jam seorang lelaki Melayu akan menghantar bungkusan nasi lemak secara percuma kepada para pelanggan.

Ini kerana, jika pemain sudah ketagih dengan permainan mesin judi, mereka akan kerap menghabiskan masa berjam-jam di hadapan mesin sahaja.

Bagi menjawab persoalan simbol Siam tadi, ia juga ada di setiap kaunter bayaran yang bermaksud nasib baik kepada kedai mesin tersebut. 

Mantra tulisan Siam ini juga memberi maksud agar keuntungan memihak kepada premis kedai.

Bukan itu sahaja, mantera nasib malang juga diletakkan kepada pelanggan bermain mesin judi terutama pelanggan muda Melayu yang sangat ketagih dengan mesin ini.


Bila sudah gaji mereka sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit pada kedai mesin tersebut tidak sampai sehari pada mesin judi.

Keberkesanan tangkal-tangkal dari Siam ini bagai ada suatu ghaib yang menarik lebih ramai pelanggan untuk berjudi.

Untuk pengetahuan semua di setiap sesetengah monitor screen juga diletakkan mantera. 

Sebagai pekerja yang menjaga kedai mesin judi ini, mummy tahu mesin mana yang akan menghancurkan poket si ketagih judi.

Orang yang duduk di tempat tersebut akan seakan lalai, ketagih dan sanggup menghabiskan duit mereka pada mesin-mesin ini sahaja.

Tetapi ada mesin-mesin yang tidak diletakkan mantera ini. 

Di sana terdapat 25 buah mesin, mesin yang biasa di tarauhkan adalah mesin bernombor ganjil. Dimana angka ganjil bagi orang Siam bermaksud gagal dan kurang bernasib baik.

Nasiblah siapa yang terkena mesin ini. Mesin-mesin ini akan diberikan kepada pemain secara rambang. Tetapi bapa ayam berpesan:

Jika pelanggan itu nampak berduit, dan regular di situ, berikan mereka mereka mesin-mesin yang selalu memberi "tuah" iaitu kemenangan bagi mereka agar mereka akan invest lebih banyak pada kedai ini.

Mengenai mantera ini, ada sesetengah kepercayaan mereka menulis mantera ini agar number plat kereta tersebut akan memenangi first prize nombor ekor.

Mantera di kereta pada keratan gambar di atas ditulis oleh seseorang individu berharap agar nombor kereta itu bakal naik ke first prize.

Selalunya menjadi. Oleh itu, mereka sanggup untuk berbuat demikian agar apa yang mereka hajati tercapai. Seperti kes di dalam gambar ini, pemilik kereta adalah berbangsa Melayu, dan dia cuma menyedari ada tulisan demikian setelah pulang dari car wash tempat dia mencuci kereta.

Tulisan ini bersifat sementara dan akan hilang. Mungkin ada individu lain yang menulisnya berharap agar number plat pemilik asal kereta itu akan menang first prize di kedai number ekor atau jackpot.

Itulah serba sedikit mummy boleh terangkan. Tulisan begini juga sering dibuat tato di belakang leher bermaksud tuah, dan selalu bernasib baik.

Mengenai patung kecil yang selalu digantung pada bawah kenderaan sesetengah pemilik kereta. Patung ini digantung agar keretanya tidak memberi nasib malang kepada pemilik kereta.


Ini kerana kepercayaan mereka dipengaruhi dengan nasihat oleh pakar bomoh Siam. 

Ia bermaksud roh yang mati terlibat kemalangan di jalan raya akan terperangkap di dalam patung itu, dan nasib mangsa mati kemalangan jalan raya itu tidak menimpa pemilik kenderaan.

Senang cerita, badi dan sial tak melekat pada pemilik kenderaan supaya nasib sama tak menimpa mereka. Sehinggalah satu masa, patung tersebut akan dibawa semula kepada bomoh Siam untuk dipuja.

Semua yang mummy ceritakan semula ini adalah untuk tujuan pengetahuan sahaja. 

Bukan bermaksud syirik atau khurafat. Mummy tahu pun sebab bapa ayam mummy dulu.

5
6
1
0
1
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago