BINTANG bola sepak kelab Juventus, Cristiano Ronaldo Jr. menjadi orang pertama yang akaunnya media sosialnya, Instagram (IG) mencapai 200 juta pengikut. Jumlah itu jauh mengatasi penduduk negaranya iaitu Portugal yang cuma mempunyai 10 juta penduduk. : KitaReporters.com
Sebagai mempunyai pengikut terbanyak, akaun Ronaldo juga tercatat sebagai ‘pendulang wang’ terbanyak berbanding akaun-akaun IG tokoh ‘top’ dunia lain.
Menurut Bleacher Report, Ronaldo meraih US$47.8 juta (kira-kira RM191.2 juta) daripada iklan di Instagram untuk tahun 2019.
Ronaldo memiliki tarif iklan di Instagram yang sangat tinggi dibandingkan atlet atau selebriti dunia yang lainnya.
Tarif untuk sekali memasang iklan di Instagramnya mencapai US$750 ribu (kira-kira RM300 ribu)
Dia mengungkapkan kebahagiaannya melalui video Instagram, "Wow 200 million! Thank you to each and everyone of you for sharing this journey with me everyday!" tulisnya pada kapsyen video berkenaan.
Video memperlihatkan kejayaan Ronaldo mempunyi 200 juta pengikt dalam Instagram
Kedua :
Tempat kedua diduduki oleh penyanyi Ariana Grande. Tahun lalu, penyanyi lagu 'No Tears Let To Cry' ini juga berada di tempat yang sama. Pengikutnya mencapai 172 juta.
Ketiga :
Tempat ketiga diduduki oleh ahli gusti yang sudah menjadi pelakon, Dwayne Johnson atau The Rock dengan 170 juta pengikut.
Keempat :
Tempat keempat dimiliki Selena Gomez dengan 167 juta pengikut. Dia turun dua ranking dari tahun 2019.
Kelima :
Tempat kelima dimiliki pengusaha muda, Kyler Jenner dengan 159 juta pengikut. Pengusaha muda ini menggunakan instagramnya untuk mempromosi produk kecantikannya.
Keenam :
Tempat keenam diduduki Kim Kardashian dengan 158 juta pengikut. Kim adalah kakak kepada Kyler Jenner.
Ketujuh :
Tempat ketujuh dimiliki seorang lagi jaguh bola sepak, Lionel Messi. Akaun rasminya @Leomessi mempunyai 11 juta pengikut.
Kelapan :
Tempat kelapan dimiliki oleh Beyonce dengan 140 juta pengikut.
Kesembilan :
Tempat kesembilan diduduki pemain bola sepak dari Brazil, Neymar. Dia mempunyai 132 juta pengikut.
Kesepuluh :
Selebriti yang berada ditangga ke sepuluh ialah penyanyi dan penulis lagu Justin Bieber. Dia mempunyai 126 juta pengikut. : KitaReporters.com