CANTIK itu subjektif tetapi mahu kelihatan cantik masih ada banyak pilihan objektif atau caranya. Kini, ada insan pelik yang sanggup menyuntik bubir semata-mata ingin tampil luar biasa. : KitaReporters.Com
Suntik bubir untuk besarkan empat kali ganda daripada saiz asal.
Dipetik daripada laporan Mirror.com. seorang gadis Bulgaria, Andrea Ivanova, 22, sanggup menyuntik 17 kali bibirnya dengan hasrat menambah saiz bibir sehingga empat kali ganda, sekali gus kelihatan mungil.
Gadis Barbie ini selesa dengan penampilan berbibir besar.
Katanya, selepas melakukan perubahan tersebut, dia akui lebih gembira dengan saiz bibir sebegitu.
“Saya suka dengan bibir saya sekarang. Berbibir besar menjadikan saya lebih cantik.“Saya pergi ke setiap klinik untuk bertanyakan prosedur estetik di Sofia (bandar di Bulgaria) dan saya menyuntik hampir kesemuanya ke bibir saya.
“Tidak ingat berapa banyak saya sudah menghabiskan wang untuk bibir ini,” katanya.
Setakat ini, dia memiliki 15,000 pengikut di Instagram.
Bagaimanapun, hampir setiap selfie yang dimuat naik menerima kecaman negatif, terutama daripada kaum wanita. - KitaReporters.Com
Wajah terdahulu sebelum suntikan dilakukan.
Wajah selepas melakukan suntikan.