LELAKI terpendek di dunia yang boleh berjalan, seperti yang tercatat dalam Guinness World Records (GWR), meninggal dunia di sebuah rumah sakit di Nepal pada Jumaat, 18 Januari 2020 pada usia 27 tahun. Khagendra Thapa Magar dari daerah Baglung, Nepal, berketinggian hanya 67.08 cm. : KitaReporters.com
Memetik laporan BBC Indonesia, seorang saudara lelakinya mengatakan dalam laman instagram Guinness world Record (GWR) bahawa Magar meninggal dunia pada Sabtu, 18 Januari 2020 setelah menderita pneumonia (radang paru-paru).
Guinness World Records (GWR) yang telah memberikan penghormatan kepada Magar, mengatakan bahawa Magar "tidak menjadikan ukuran badannya yang kecil sebagai penghalang untuk melakukan perkara terbaik selama hidupnya."
Magar diakui sebagai lelaki terkecil di dunia pada ulang tahunnya ke-18 pada 2010, dalam sebuah upacara yang dihadiri para pegawai tinggi Nepal dan perwakilan lembaga pencatat rekod antarabangsa itu.
"Saya tidak menganggap diri saya lelaki kecil. Saya lelaki besar.
"Saya berharap gelaran ini memungkinkan saya untuk membuktikannya dan mendapatkan rumah yang layak untuk saya dan keluarga," kata Magar ketika itu.
Menurut BBC Indonesia lagi, GWR memiliki dua kategori untuk orang yang berukuran pendek - yang boleh berjalan dan yang sebaliknya.
Seorang warga Filipina, Junrey Balawing, yang tidak boleh berjalan atau berdiri tanpa bantuan, merupakan lelaki terpendek di dunia untuk kategori tidak boleh berjalan. Tingginya ialah 59.93 cm.
Magar sempat kehilangan gelaran sebagai orang terpendek di dunia setelah warga Nepal lainnya, Nepal Chandra Bahadur Dangi, yang berukuran 54.6 cm, menggantikannya.
Namun, dia meraih kembali gelarannya setelah kematian Dangi pada 2015.
Magar pertama kali ditemui seorang penjual yang berniaga dari kampung ke kampung ketika dia berusia 14 dan diajak ke sebuah acara, dan anak-anak membayarnya untuk berfoto bersamanya.
Setelah mendapat pengakuan GWR pada 2010, dia melakukan kunjungan ke serata dunia dan tampil dalam acara televisyen di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Dia juga menjadi ikon rasmi kempen pelancongan Nepal.
Craig Glenday, ketua GWR, mengatakan dia "sangat sedih" mendengar berita kematian Magar.
"Senyumnya menular sehingga dia boleh meluluhkan hati siapa pun yang bertemu dengannya," katanya sebagai mana dipetik oleh BBC Indonesia.
Setelah Megar meninggal, rekod lelaki terpendek yang mampu berjalan kini disandang oleh lelaki dari Colombia, Edward Hernandez, yang tingginya 70.21cm atau 27 inci. - KitaReporters.com